Sunday, 25 February 2018

JALAN MENUJU MENGENAL ALLAH


JALAN MENUJU MENGENAL ALLAH
Ada hadis nabi yang berbunyi "umatku akan berpecah kepada 73 golongan, tetapi hanya 1 golongan sahaja yang benar-benar sampai"
Siapakah 1 golongan yang sampai itu?
Ada juga golongan makrifat dan ahli sufi yang berkata "ada seribu jalan untuk mengenal Allah, tetapi hanya 1 jalan sahaja yang benar"
Apakah 1 jalan yang benar itu?
Yang benar dan yang sampai, yang diterima, dan yang diredhai Allah itulah golongan atau jalan untuk mengenal Allah @ makrifatullah..
Telah pun diceritakan kepada kita bahawa titian sirat itu, ibarat sehelai rambut yang dibelah 7.. Mengapakah dibelah 7? Dan mengapakah diceritakan sebegini kepada kita? Apakah pengajaran utama di sebaliknya?
Inilah maksud sebenar jalan yang lurus, iaitu 'ihdinassiratul mustaqim'.. apakah sebenar-benar pengertian 'ihdinassiratul mustaqim' itu?
Titian sirat itu teramatlah halus, begitulah juga, jalan makrifatullah ini teramatlah halus, kerana ianya dipenuhi dengan tipu daya dan penyesatan, sebelum seseorang itu berjaya mendapatkan penyaksian kepada Tuhan..
Ianya dikatakan jalan yang lurus, kerana jalan ini adalah jalan yang benar, jalan yang dipimpin dan dibimbing oleh Allah Taala sendiri. Tidak ada tempat bagi yang batil untuk menyesatkan hamba-hambaNya yang 'MUKHLISIN'..
Jawapannya, itulah jalan yang paling lurus, dan itulah juga jalan yang paling halus sekali, untuk menuju kepada mengenal Allah..
Jadi, daripada 73;
hanya ada 1 jalan..
Inilah jalan yang benar..
Inilah jalan yang haq..
Inilah jalan yang SAMPAI

No comments:

Post a Comment