Monday, 26 February 2018

MAQAM BAQA

MAQAM BAQA
Ini adalah maqam yang sempurna. Ibarat boleh melihat dua alam iaitu Zahir dan Bathin.
Melihat yang Zahir tapi tidak terhijab dari melihat yang hakikat.
Seperti halnya Fana, Baqa pun mempunyai empat tahap iaitu Afaal Asma Sifat dan Dzat Bila sudah sempurna semua maka saat itulah akan terasa La Maujud Illalah Dan syahadat pada peringkat inilah syahadat paling tinggi dan utama kerana sudah dinafi dengan La Termasuk diri sendiri sudah tak ada maka jadilah Dia menyaksi diri sendiri Di peringkat inilah yang dikatakan AKU Menyembah AKU
Tapi perlu diingat ini semua adalah Dzauqiah atau Rasa yang dicampakan kedalam qalbu oleh Allah SWT bukan pengakuan yang sengaja dibuat di dalam kesedaran biasa, maka bila terdengar oleh yang kurang faham jadilah fitnah Hamba tetap hamba khalik tetap khalik Tapi bila sudah mabuk tak dapatlah membezakan mana gelas mana arak..itulah gila birahi mabuk hakiki.
Barang siapa mengenal akan ALLAH maka binasalah dirinya Inilah yang dimaksudkan Hanya ALLAH yang Wajibal wujud...yang lain binasa...
Latihan kearah memfanakan diri inilah yang mesti diamalkan sehingga sampai ke tujuan Hanya Allah, Kerana Allah, Demi Allah....
La Maujudan memberi maksud Wujud pada tahap hakikat inilah tahap yang hendak dicapai atau dihayati sewaktu menyebutnya. Secara umum menafikan kewujudan semua ini (termasuk kita). Jadi yang ada hanyalah Allah semata-mata iaitu Afaal, Asma, Sifat dan Dzat. Maka inilah yang kita kenal sebagai TAUHID
Diperingkat inilah ahli hakikat dan Makrifat mengalami atau merasakan apa yang dikatakan binasa atau fana itu dan karam didalam kebesaran ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment