Friday, 23 February 2018

Hakikat AURAT

Hakikat AURAT
Aurat itu adalah sesuatu yang menjadi milik kita yang mesti dilindungi daripada disentuh dan dilihat dalam suluhan fekahnya..
Dalam hakikatnya kita menjaga adab sopan kelakuan perbuatan yang bertentangan dengan hukum fekah dan juga ilmu hakikat di depan orang-orang yang tidak memahami hakikat..
Jika kita tidak jaga ini semua maka akan timbul fitnah.. Fitnah masyarakat yang mengatakan bahawa ilmu hakikat ini sesat.. Maka itulah wajib kita menutup aurat daripada bukan mahram supaya tidak timbul fitnah..
Dalam syariat tutup tubuh badan supaya tiada orang yang geram ghairah pada kita.. Tetapi yang tutup tubuh badan pun tetap ada yang geram.. Itulah fitnah.. fitnah mata, fitnah telinga, fitnah nafsu..
Saya tidak menyalahkan 100% pada pandangan masyarakat awam yang mengatakan ilmu atau orang hakikat ini sesat.. Mereka mengatakan sesat kerana kita pendukung ilmu ini yang tidak menutup aurat di depan bukan mahram..
Kita sendiri yang mendedahkan aurat kita.. Apabila aurat kita tidak dijaga maka timbullah fitnah terhadap ilmu dan juga orang hakikat..
Bukan mahram dalam syariat adalah orang yang boleh bernikah dengan kita.. Dalam suluhan hakikat dan makrifat maksud menutup aurat atau mahram itu jauh sekali perbezaannya..
Dalam suluhan ilmu hakikat dan makrifat, yang dikatakan menutup aurat itu bukan pada jasad tubuh badan.. Aurat hakikat dan makrifat adalah segala perbuatan tingkah laku dan ilmu hakikat itu sendiri..
Yang dikatakan bukan mahram itu adalah orang-orang awam.. Iaitu orang-orang syariat yang tidak memahami ilmu hakikat..
Ikutlah contoh terbaik yang kita ada, iaitu Nabi kita Muhammad.. Dengan orang syariat, beliau bersyariat.. Tetapi dengan sahabat-sahabat terpilih, beliau menyampaikan hakikat..
Selamat dunia dan akhirat...

No comments:

Post a Comment