Friday, 23 February 2018

siapa buta dalam dunia

Barang siapa buta dalam dunia ini,
Nescaya lebih buta lagi di akhirat.
124 000 nabi-nabi telah diutus Tuhan ke dalam dunia ini adalah bertujuan untuk mengajar dan memimpin umat manusia untuk menunjuki cara-cara membersihkan batin atau qalbu supaya dapat makrifat dan mengenal Allah.
Tujuan utama adalah agar memperolehi kebahagiaan jiwa dan ketenangan batin. Kerana yang sebenar-benar kaya itu ialah kebahagiaan jiwa dan juga kebersihan hati.
Inilah tujuan utama bagi alat jiwa manusia ini. Inti daripada segala kebahagiaan itu ialah Makrifatullah. Jadi barang siapa yang sudah Makrifat itulah syurga dunia dan syurga akhirat nanti. Dan barang siapa yang masih belum atau masih terdinding pula itulah neraka dunia dan neraka akhirat nanti.
Jadi barang siapa yang tidak ada hasrat untuk memiliki ilmu ini, maka samalah ia seumpama makan nasi bercampur pasir.
Makrifat itu adalah suatu amanah dari Tuhan yang wajib kita tuntut dan kita tuju. Kerana Tuhan telah berfirman;
"AKU ADALAH PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI, DAN AKU AMAT SUKA SEKALI AGAR DIKENALI."

No comments:

Post a Comment