Monday, 26 February 2018

WAHAI KEKASIH-KU...

WAHAI KEKASIH-KU...
Apabila tuhan membukakan bagimu jalan untuk makrifat atau mengenal kepadaNya, maka janganlah engkau hiraukan asal amalmu yang masih sedikit umpamanya..
Kerana tuhan itu tidak membukakan bagimu, melainkan Ia sendiri yang berkehendak untuk memperkenalkan DiriNya kepadamu..
Maka tidak usah engkau hiraukan berapa banyak amal kebaikanmu atau pun amal perbuatanmu, meskipun masih sedikit amalmu dengan anggota yang zahir..
Kerana makrifat itu adalah suatu kurnia pemberian Allah kepadamu, maka Ia sekali-kali tidak tergantung kepada banyak atau sedikitnya amal kebaikanmu..
Lepaskanlah keberadaan dirimu..
Pulanglah ke pangkuan kekasih..

No comments:

Post a Comment