Tuesday, 2 January 2018

MENYATU DALAM CINTA

MENYATU DALAM CINTA
Saat berpisah dari Layla, Majnun telah jatuh sakit. Badannya semakin lemah, sementara suhu badan pula semakin tinggi.
Para tabib telah menyarankan bedah, kata mereka, “Sebahagian darah dia harus dikeluarkan, sehingga suhu badan dia menurun.”
Mendengar kata-kata itu, Majnun lantas menolak, “Jangan, tolong jangan melakukan bedah terhadap saya.”
Para tabib pun menjadi bingung, “Kamu takut? padahal selama ini kamu masuk dan keluar hutan seorang diri. Tidak takut menjadi mangsa harimau, serigala, atau pun binatang buas lainnya. Lalu kenapa takut dengan pisau bedah?”
“Tidak, bukan pisau bedah itu yang ku takuti,” jawab Majnun.
“Lalu, apa yang kau takuti?” tanya Sang Tabib.
“Jangan-jangan pisau bedah itu akan menyakiti Layla.” kata Majnun.
“Menyakiti Layla? Mana mungkin? Yang dibedah itu adalah badanmu, bukan Layla.”
“Ini kerana Layla berada di dalam setiap bahagian tubuhku. Dan mereka yang berjiwa cerah tidak akan melihat perbezaan di antara aku dan Layla.”
Nukilan: Syeikh Jalaluddin Rumi

No comments:

Post a Comment