Sunday, 12 November 2017

HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA

HAKIKAT KEJADIAN MANUSIA
“Maka apabila AKU telah menyempurnakan kejadiannya dan telah Ku hembuskan ke dalam jasadnya Ruh Ku, maka segera tunduklah kamu kepadanya dengan keadaan bersujud.”
[ Q.S. Al-Hijr : 29 ]
Petikan dari ayat Al-Qur’an tersebut membuktikan pernah berlaku suatu peristiwa dahulu apabila Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah sempurna menciptakan manusia pertama bernama Adam, maka diperintahkan kepada semua malaikat supaya segera bersujud kepada Adam. Sujud itu bukanlah semata-mata demi memberikan penghormatan kepada Adam, tetapi menurut para ulama sufi bahawa sujud kepada Adam itu sebenarnya adalah sujud untuk Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
Justeru tatkala itu, para malaikat pun merasa hairan dan bingung lalu tertanya-tanya mengapakah mereka harus bersujud kepada Adam sedangkan Adam itu makhluk, padahal selama ini mereka cuma bersujud kepada Allah Azzawajalla Rabbul Izzati Rabbul ‘Alamin? Namun para malaikat itu tidak berani menyoal dan membantah perintahNya, mereka terus sahaja bersujud kepada Adam.
Kecuali Iblis, makhluk yang ketika itu namanya Azazil dan masih bermartabat malaikat, tiba-tiba membentak dengan sebegitu angkuh dan amarah, lantas mengingkari dan tidak mahu bersujud kepada Adam, malah menuduh pula Allah Subhanhu Wa Taala itu tidak bersikap adil. Apabila ditanya oleh Allah sendiri mengapakah Iblis mengingkari perintahNya? Maka dijawab oleh Iblis bahawa dirinya lebih mulia dari Adam. Adam diciptakan dari tanah yang kotor sedangkan ia diciptakan dari api yang suci. Kemudian Allah pun melaknatinya dan mengatakan bahawa ia adalah makhluk yang sombong.
Ketika semua malaikat dalam keadaan bersujud kepada Adam, pada ketika yang sama itulah Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menyingkap seluruh tabir yang menyelubungi Adam. Para malaikat pun dapat menyaksikan betapa besarnya hakikat Adam itu. Kini sedarlah para malaikat bahwa hakikat diri Adam itu bukanlah semata-mata kosong atau tiada, tetapi pada diri Adam itulah terhimpunnya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi sehingga ke singgahsana Allah lalu mereka pun langsung dapat menyaksikan WAJAH ZAT RABBUL IZZATI YANG MAHA AGUNG DAN MAHA MULIA itu yang sebelumnya tidak pernah mereka saksikan, rupa-rupanya tersembunyi dalam diri Adam.
Lantas mereka pun mengerti bahawa yang dinamakan manusia itu bukan hanya terdiri pada sebatang tubuhnya, tetapi yang dinamakan manusia itulah seluruh alam semesta ini sebagai Insan Saghir dan Insan Kabir. Para malaikat memuji betapa bijaksananya Allah telah memindahkan dari alam yang besar kepada alam yang kecil, dari alam yang kecil kepada alam yang besar, dan semua itu dikandung dalam satu hakikat manusia yang paling terdalam dan tersembunyi bernama Qalbu.
Qalbu itulah juga yang digelarkan sebagai KURSI kerana Qalbu itulah yang dapat menampung ZAT ALLAH YANG MUTLAK, Qalbu itulah TITIK bagi seluruh penciptaan alam semesta ini. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala pernah berfirman dalam sebuah Hadis Qudsi bahawa seluruh petala langit dan petala bumi tidak mampu untuk menampung ZATNYA, tetapi ZATNYA dapat ditampung oleh Qalbu manusia, Qalbu itulah TAKHTA KURSINYA seluas langit dan bumi.
Dalam keadaan bersujud itu, malaikat pun dapat menyaksikan kehebatan Adam diperhiaskan dengan persalinan Ketuhanan. Lantaran itulah Allah menyatakan sebagaimana firmanNya, “RahsiaKu Rahsia Insan, Rahsia Insan RahsiaKu.” Kini barulah para malaikat itu mengerti mengapakah Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan Adam. Adam itu bukanlah semata-mata diri yang tiada berhakikat, tetapi bermaksudnya Adam itu ‘tiada’ bukanlah Adam sebagai Adam sahaja, tiadanya Adam itu adalah menunjukkan Hakikat Yang Maha Ada.
Ketika Allah Subhanahu Wa Ta’ala hendak menzahirkan SifatNya lalu menciptakan alam semesta ini atau disebut Alam Kabir. Dan ketika Allah Subhanahu Wa Ta’ala hendak menampakkan ZATNYA, maka DIA menciptakan Adam. Maka Adam itu umpama CERMIN tempat Allah memandang WAJAHNYA sendiri di luar Diri iaitu yang bernama Adam.
Oleh kerana Iblis enggan bersujud kepada Adam, maka sampai ke hari ini pun Iblis tidak pernah mengetahui dan belum pernah menyaksikan hakikat rahsia Adam itu. Hakikat rahsia Adam cuma diketahui oleh para malaikat. Lantaran itulah dikatakan martabat manusia itu lebih mulia dari malaikat. Iblis sekadar dapat menyaksikan bagaimana proses penciptaan zahir Adam itu sejak dibentuk dari saripati tanah sehinggalah tubuhnya itu dibaringkan di halaman syurga sekian ribuan tahun lamanya bak sekujur patung tak bernyawa.
Justeru itulah mengapa Iblis menyangkakan sebab manusia pertama itu diberikan namanya Adam kerana Adam itu bermaksud ‘tiada’. ‘Tiada’ menurut persangkaan Iblis bahawa Adam itu adalah semata-mata diri yang tiada berhakikat dan sekadar nama dan rupa sahaja. Sedangkan selama ini Iblis hanya mengabdikan dirinya dan bersembah-sujud kepada Diri Izzati Yang Maha Ada, kini masakan pula dia mahu bersujud kepada manusia yang tiada berhakikat atau wujudnya?
Lantaran itulah Iblis menganggap pendapatnya benar dan dirinya lebih mulia dari Adam kerana dirinya mempunyai suatu hakikat iaitu roh api dari lidah api yang sangat bernyala berwarna biru. Lalu dengan perasaan hatinya yang bongkak dan sombong, Iblis memandang sungguh jauh berbeza sekali antara Adam dengan dirinya, kerana pada pemikiran Iblis walaupun Adam itu adalah makhluk yang tampak nyata tetapi tiada berhakikat dan kosong semata-mata, hanya sekadar nama dan rupa!
Kemaujudan manusia itu bukanlah seperti berdirinya sebotol plastik yang kosong dan tidak berguna lagi setelah habis isian mineral waternya lalu dicampakkan ke dalam tong sampah recyclelisme. Demi itulah Nabi s.a.w. bersabda supaya dapat menginsafkan manusia, “Siapa yang mengenal dirinya, akan kenallah ia kepada Rabbnya”.
Mengenal diri itu sangat wajar dan penting kerana itu satu-satunya perjalanan haqiqi untuk mengenal Allah. Jika manusia itu tidak mengenal siapa dirinya sendiri, itulah petandanya kemunduran pemikiran. Sesungguhnya pada diri manusia itulah merupakan kiblat sejati untuk kita memandang Allah seperti firmanNya, “Ke mana pun diri kamu menoleh, di situ ada WajahKu.”
Para ulama sufi Melayu terdahulu seperti Syekh Syamsuddin Sumaterani, Syekh Abdul Muhyi, Syekh Muhammad Arsyad Al Banjari, Syekh Abdul Rauf As Sinkili Syekh Daud Al Fatani, Syekh Abdul Samad Al Falembani, Syekh Yusuf Al Makasari (sekadar menyebutkan beberapa nama) telah mewariskan ilmu makrifat yang begitu tinggi pada mengenal diri manusia yang disebut ajaran Martabat Tujuh.
Konsep Martabat Tujuh menjelaskan bahawa dalam diri manusia itulah tersusunnya tujuh martabat alam semesta dari Alam Ahadiyah, Alam Wahdah, Alam Wahidiyah, Alam Arwah, Alam Mitsal, Alam Ajsam dan Alam Insan. Kaum sufi menyebutkan juga sebagai Alam Hahut, Alam Lahut, Alam Bahut, Alam Jabarut, Alam Malakut, Alam Nasut dan kesemua alam tersebut terhimpun di dalam Alam Insan iaitu Diri Manusia yang merupakan tajalli dari ZAT ALLAH.
Di sini agak terlalu panjang untuk menghuraikan satu-persatu tentang maksud alam-alam tersebut. Cukuplah saya memetik dari pandangan seorang Guru Mursyid iaitu Syekh Hizboel Wathony yang merupakan Mursyid Tharikat Khalwatiyah Akmaliyah (Indonesia), yang mendefinisikan tajalli wujud alam-alam tersebut berada di dalam rahsia atau hakikat Diri Manusia adalah seperti berikut:
1. DIRI HAQ/ANA
2. DIRI SIRRI
3. DIRI TERPERI
4. DIRI TAJALLI
Akhir kata, untuk memasuki jalan mengenal diri itu carilah guru yang benar-benar mursyid yang dapat memimpin dan mendidik kita secara bertalaqqi, yakni hubungan kekal antara guru dan murid itu sentiasa terjalin dengan ikatan ijazah dan juga bai’ah, dan bukan sekadar memberikan masa untuk berceramah di kelas atau dewan, sehabis ceramah si guru pun meninggalkan muridnya dengan begitu sahaja.
Perkongsian dari FB
Syekh Siti Jenar

1 comment:

  1. sebenarnya makhluk manusia yang ada dibumi ada dua jenis yang sama bentuknya yang tidak ada sedikit perbezaan pada pandangan mata kasar iaitu manusia dat dan manusia zarah.manusia dat ini adalah manusia yang juga berdarah merah yang sama dengan manusia zarah yang tidak ada kuasa ghaib pada pandangan manusia zarah tetapi lebih berkuasa dari sudut kekebalan serta ketahanan yang tidak lemah berbanding manusia zarah.manusia dat ini berbeza pada batin iaitu bernafsi yang bernaluri dan manusia zarah bernafsu yang berjiwa.tujuan utama penciptaan manusia dat ini adalah sebagai perantara yang berkuasa di dunia kenyataan sebagai penggubalan undang-undang dunia serta pembuatan alat perhubungan pengangkutan untuk kehidupan manusia zarah.selain itu kepentingan manusia dat ini adalah bersabitan dengan kelahiran manusia zarah.setelah siapnya bumi dengan adanya tumbuhan serta haiwan maka bermula peringkat pertama kejadian manusia dat .manusia dat ini dijadikan seperti sebiji telur yang dieram dan menetas iaitu yang dijadikan diluar bumi di sebuah planet dikenali sebagai arashaq yang telah dicipta khas dengan kecanggihan teknologi berkuasa tinggi yang bersifat keghaiban kenyataan seperti sebuah surga.disanalah berlaku penciptaan manusia dat bermula dari seperti telur yang menetas dan lahir sebagai bayi dijaga dikendalikan oleh kecanggihan jentera berteknologi tinggi yang bersifat seperti sistem robotik seumpama kilang kereta yang menyiapkan sebuah kereta tanpa sentuhan manusia.bayi ini akan ditidurkan (seperti roh manusia yang ditidurkan)sehingga cukup matang.setelah perkembangan manusia dat ini cukup maka akan diturunkan ke bumi dengan kapal roket yang telah diciptakan khas seperti dunia arashaq secara berperingkat-peringkat.setelah berada di bumi manusia dat ini akan belajar hidup seluruh perkara berkait kehidupan sambil berlaku perkembangan manusia dat melalui pernikahan yang melahirkan lebih ramai manusia dat bagi tujuan amat penting iaitu kejadian manusia zarah.setelah bersedia seluruhnya maka berlakulah kejadian manusia zarah dengan diturunkan benih akik(lelaki) dan benih atit(perempuan) dengan berlaku proses cantuman benih yang dikenali sebagai bayi tabung uji yang akan disuntik benih manusia zarah kerahim manusia dat wanita.begitulah berhasilnya manusia zarah dengan kandungan yang dilahirkan dan secara automatik pasangan manusia dat akan menjadi ibu dan bapa.maka tidak hairanlah manusia zarah ini untuk hidup di bumi yang ditunjuk ajar oleh manusia dat.setelah cukup perkembangan manusia zarah di bumi dalam masa 42 tahun maka berlaku pula sistem pegangan hidup kepercayaan agama dengan kelahiran nabi adam yang dikirakan lahir pada hari akil 1-1-0042musim awal jam 6.00pagi.di negara oman.kelahiran nabi adam seperti kelahiran manusia zarah dalam keluarga manusia dat sebagai perantara khas yang dikenali sebagai jienneiy.perantara khas ini bermaksud sebagai penjagaan serta pendidikan nabi.begitu juga hawa isteri nabi adam dilahirkan oleh keluarga manusia dat jienneiy pada hari akil 1-1-0049 awal musim jam 6.00 pagi di negara thailand..sekian..

    ReplyDelete