Sunday, 12 November 2017
sistem dan perudangan
Kereta, keretapi,basikal dan motorsikal semuanya ada brake. Apa tujuan brake ? Tujuanya supaya kita tak terjalak atau mengalami kecelakaan dan supaya kita selamat. Maka wahyu Allah itu brake bagi kita manusia , supaya manusia tidak terlajak dalam dunia ,supaya tidak ada permusuhan kemusnahan dan tidak ada kejahatan yang berlaku. Dewasa ini seluruh dunia mengalami masalah sosial dan pelbagai kekecohan dan kezaliman , kerana tak mahu guna brake yang telah Allah sediakan. Berapa banyak undang undang manusia ciptakan tetapi tak dapat mendidik dan menyedarkan manusia kearah kebaikan. Berapa banyak angota polis baru dilantik tetapi penjenayah semakin banyak yang tumbuh, ini membuktikan sistem aturan dan undang undang ciptaan manusia tidak dapat mendidik dan menakutakan manusia . Sistem aturan dan undang undang ciptaan manusia gagal dan tidak pernah berjaya, hanya peraturan ,sistem dan perudangan yang telah Allah tetapkan sahaja yang berjaya, kerana Allah mencipta kita maka dialah yang mengetahui cara untuk mendidik kita. Wahyu Allah itu brake untuk kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment