Tuesday, 28 November 2017

AKIDAH PENDIRIAN

AKIDAH PENDIRIAN
Pendirian seorang ahlul Makrifat ialah tidak lagi ragu akan akidahnya, dan tidak pernah berubah walaupun dikafirkan orang. Mereka rela mati daripada berubah keyakinannya, kerana mati adalah jalan yang terbaik dari semua jalan yang baik.
Seorang ahlul Makrifat tidak pernah luntur, walaupun dihujani dengan hujan fitnah. Kata-kata sesat dan kafir dianggapnya sebagai sebuah nyanyian seorang sufi yang sedang mabuk rindu kepada kekasihnya. Mereka tidak peduli akan kata-kata yang berupa huruf dan suara. Hanya yang penting baginya hanyalah perasaannya kepada Allah Taala.
Apabila cintanya telah bersemi dan berupa penerimaan dari Khaliknya; maka di sinilah nilai dan erti sebenar kehidupan ini. Baginya tidak guna hidup, tanpa nikmat (MAKRIFAT). Kerana makrifat itu adalah jiwanya IMAN, dan jiwanya iman adalah IHSAN.
Apabila jiwa-jiwa itu kosong dari Makrifat; samalah hidupnya tidak ubah seperti seekor haiwan liar atau binatang buas, yang rakus dan tidak tahu diri. Kerana pada akhirnya, tujuan hidup ini tidak lain adalah Cinta dan Redha.

No comments:

Post a Comment