SALAH AGAMA, ATAU PENGANUT?
Agama mengajarkan kita agar jangan berdusta, tetapi sebahagian orang beriman rajin menyebarkan berita palsu demi membela agama.
Agama mengajarkan kita agar jangan memfitnah, tetapi sebahagian orang beriman rajin memfitnah di atas nama menyebarkan dakwah.
Agama mengajarkan kita agar jangan beradab buruk, tetapi sebahagian orang beriman rajin mencaci maki dan berkata kasar hanya kerana perbezaan pendapat.
Agama mengajak kita menjaga ukhwah dan kerukunan, tetapi sebahagian orang beriman rajin bertengkar dan mengadu domba demi menjaga ukhuwah.
Agama mengajarkan, jika kamu tidak malu, berbuatlah semahumu, tetapi sebahagian orang beriman tidak malu menghalalkan apa sahaja entah demi apa.
Sebahagian orang beriman rajin melakukan itu semua hampir tiap hari, tetapi bila disoal apa agama, semua kita mengaku penganut sejati. Sebagian anak-anak kita dalam diam mengamati, lalu meniru segala perlakuan kita.
Lantas, siapa yang bersalah di sini?
No comments:
Post a Comment