Thursday, 30 November 2017

hi


Tidak Sesat dan Tidak Haram itu Bila Mana Segalanya Menjadi Milik Allah, dan Bila Mana Ianya Nyata Allah.
Jadi benar lah yang menuduh dan menjadi sesat yang menjadi haram itu oleh kerana tidak ketemu.. Tidak berjumpa dan belum ketemu dengan ilmu Makrifat..
Ilmu Makrifat ini adalah ilmu Mengenal Allah.. Mengenal Allah itu wajib bagi semua yang bertuhankan kepada Allah..
Selama ini, kita Solat, puasa dan mengerjakan amal-amal seharian kita secara tidak mengenal Allah, dengan cara mengikut pelajaran yang di ajar oleh ibu bapa, ustaz-ustaz di sekolah dan di masjid..
Pernah tidak kita soal diri kita sejauh mana di dalam setiap amal ibadah yang kita laksanakan ini telah mengenal Allah atau tidak?
"Laisul Solat Bil Makrifatullah, Tidak Sah Solat Tanpa Mengenal Allah". Apakah kita tidak terasa dan terfikir pada hati kita untuk mengenal Allah. Selama kita belajar dan di ajar dari kecil, bangku sekolah dan sehingga kini apakah kita telah di dedahkan dengan pelajaran untuk mengenal Allah? Jika ada pun hanyalah sekadar istilah, sekadar kiasan.. Apakah telah nyata atau pun telah mengenal kita kepada Tuhan yang bernama Allah? Jika tidak kenapa tidak berusaha untuk mencari Guru yang mengajar tentang ilmu Makrifat ini?
Bagi mereka-mereka yang tidak langsung pernah berkecimpung @ pun tidak pernah mempelajari ilmu Makrifat ini mereka selalu menunding akan perjalanan orang yang belajar dan mengajar tentang ilmu Makrifat ini..
Cuba kita membuka mata hati kita membuka dan memberi ruang untuk diri kita sendiri untuk cuba dahulu mempelajari dari awal pelajaran ilmu Makrifat sehingga akhir ilmu Makrifat, barulah tahu sesat @ haram ilmu Makrifat ini..
Apakah patut kita sendiri belum lagi belajar dari awal pelajaran ilmu Makrifat sehingga akhir ilmu Makrifat ini menuduh ilmu Makrifat SESAT dan HARAM?
Terlebih baik kiranya Tuan-Tuan Puan-Puan sekaliannya belajar terlebih dahulu dari awal pelajaran ilmu Makrifat sehinggalah akhir ilmu Makrifat, selepas itu Tuan-Tuan, Puan-Puan sekaliannya nak buat Tuduh SESAT DAN HARAM barulah patut.. Tetapi belum lagi belajar belum apa-apa lagi dah di tuduh sesat dan HARAM..
Tuan-Tuan, Puan-Puan, sekaliannya yang menuduh sesat dan haram ilmu Makrifat ini sila kemukakan di barisan mana di ayat yang mana yang di katakan ilmu Makrifat ini SESAT, sila NYATAKAN! Jika benar salah dan haram boleh lah saya turut perbetulkan.. Inilah sepatutnya Tuan-Tuan Puan-Puan sekaliannya lakukan kepada orang yang belajar dan mengajar ilmu Makrifat, bukan dengan menuduh tetapi dengan menegur dan memperbetulkan ayat @ ilmu Makrifat yang Salah yang Sesat dan yang Haram itu..
Boleh lah saya terima dengan hati yang terbuka dan cuba memperbetulkan dan membaiki yang mana dikatakan ilmu Makrifat Salah dan Sesat itu.. Ini tidak tahu menuduh dan menuding jari sahaja.. Selama saya mempelajari ilmu Makrifat, tiada pernah saya mendengar, belajar dan di ajarkan pelajaran yang melencong dari garis panduan Al Quran dan Hadis Nabi..
Sebagai mana orang Syariat dan Fekah solat dan puasa, sebegitu jugalah kami orang Makrifat solat dan puasa, tidak terlebih rakaat dan tidak kurang rakaat, bersahur dan berbuka puasa mengikut waktu nya, bersahur sebelum masuk waktu Subuh berbuka semasa masuk waktu Maghrib.. Berpuasa juga di bulan Ramadhan.. Subuh 2 rakaat, Zohor 4, Asar 4, Maghrib 3, Isyak 4 rakaat.. Tetap sama pada permulaan dan pengakhiran solat dan puasa..
Cuma saya di ajarkan apa di sebalik solat yang di lakukan itu, apa di sebalik puasa yang di fardhukan.. Bukan hanya sekadar tunduk bangun, lapar dahaga.. Sah tidak sah solat bagi orang Fekah itu adalah pada betul @ salah bacaan di dalam solat, pada orang Makrifat pula sah dan tidak sah solat itu adalah pada mengenal atau tidak kita kepada Allah..
Tapi ingat Tuan-Tuan, kira nya ada orang mengajar ilmu mengenal Allah jangan Tuan-Tuan belajar.. Kiranya ada orang yang mengajar ilmu mengenal Allah itu ternyata sesat, kerana Allah itu bukan perkara, bukan benda, bukan Ain, bukan zarah.. Allah itu "laisaka mislihi syaiun, bersalahan Allah itu dengan perkara yang baru".. Allah itu tidak boleh di bandingkan, tidak boleh di tamsilkan, tidak boleh di ukur, tidak boleh di perumpamakan dengan sesuatu yang lain, kerana itu adalah Allah..
Apa yang perlu di pelajari untuk kenal Allah itu adalah dengan cara dan kaedah belajar mengenal Diri.. "MAN ARAFA NAFSAHU, FAKOD AROFA ROBBAHU. FAKOD AROFA ROBBAHU, FAKADLA JASAD, BARANG SIAPA YANG MENGENAL DIRI, MENGENAL DIA AKAN ALLAH. BARANG SIAPA MENGENAL ALLAH, BINASA JASAD". Lagikan Baginda Nabi sendiri pun mengenal Allah dengan Allah, "Ana Araftu Robbi Birobbi, Aku mengenal Allah dengan Allah".
Jadi saya harap Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekaliannya di luar sana yang menuduh dan menunding ilmu Makrifat ini sesat @ salah, terlebih baik mempelajarinya terlebih dahulu sebelum menilai, menuding dan menghukum orang-orang yang belajar dan mengajar ilmu Makrifat ini, dan nyata kan di ayat yang mana dan di baris yang mana, yang di katakan sesat, salah dan haram itu..
Ilmu dan Agama yang TIDAK SESAT itu adalah Ilmu dan Agama Allah.. Amiin

No comments:

Post a Comment