Friday, 26 May 2017

PUASA KEROHANIAN: ZAHIR DAN BATIN

PUASA KEROHANIAN: ZAHIR DAN BATIN
Seringan-ringan puasa, adalah puasa menahan diri dari lapar dan dahaga.. tidak makan dan tidak minum di siang hari.. menjaga perbuatan dan pertuturan dari perkara-perkara maksiat dan sia-sia.. dan mengelak diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa..
kerana Allah telah berfirman "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian untuk berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa".. puasa ini hanya dilakukan selama sebulan, di dalam bulan Ramadhan, dan berakhir saat tibanya Aidil Fitri..
Seberat-berat puasa, adalah puasa menahan ke-AKU-an diri.. bukan aku yang berpuasa.. bukan aku yang bersolat.. bukan aku yang bersedekah.. kerana pada hakikatnya, diri kita ini tidak ada.. yang wujud, ujud, dan maujud, hanyalah Allah Taala..
kerana allah telah berfirman "Aku perbuat kamu dan apa-apa yang kamu perbuat".. dan lagi sabda nabi "tiada daya dan upaya aku melainkan dengan izin Allah".. dan lagi dalil, "tidak bergerak walau satu zarah, tanpa izin Allah".. puasa ini berlaku setiap detik dan sepanjang hidup, sehingga tiba saat nyawa berpisah dari jasad..
Semoga Allah s.w.t. permudahkan urusan kita sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini.. doaku buat kalian, semoga kita semua berkekalan di dalam rahmat dan redha Allah s.w.t.. amiin2

No comments:

Post a Comment