Wednesday, 24 May 2017

Nur Muhammad

Nur Muhammad
Hadhrat Syeikh Nuruddin Ar-Raniri Rahmatullah ‘alaih bahawa Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu adalah dari pancaran Nur Ahadiyat Allah Subhanahu Wa Ta’ala apabila telah bersatu Sifat Jalal dan Sifat Jamal Allah, maka Sifat Jamal menguasai Sifat Jalal dan Allah Subhanahu Wa Ta’ala telah menjadikan daripada dua sifat tersebut Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dari tiada kepada ada.
Beliau menjelaskan bahawa yang dijadikan itu adalah makhluk juga dan bukannya sambungan daripada Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana jika berlaku yang sedemikian maka akan wujud dua perkara yang Qadim yakni sedia ada dan itu merupakan suatu kesyirikan. Menurut beliau lagi bahawa selepas Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, maka Dia menilik kepada Nur tersebut dengan tilikan Mahabbah yakni dengan penuh cinta dan kasih sayang sehingga Nur tersebut menjadi malu sehingga mengeluarkan peluh. Dari peluh yang terbit dari Nur itulah dijadikan Ruh-Ruh sekelian Para Nabi dan Para Wali dan Ruh sekelian orang Mukmin yang Solih. Dari Ruh sekelian orang Mukmin yang Solih itu Dia menjadikan pula Ruh sekelian orang Mukmin yang Fasiq. Daripada Ruh sekelian orang Mukmin yang Fasiq itu Dia menjadikan Ruh sekelian Mukmin yang Munafiq dan dari Ruh sekelian Mukmin yang Munafiq itu Dia menjadikan Ruh sekelian mereka yang kafir. Dari Ruhsekelian insan itu, maka Dia menjadikan Ruh sekelian Malaikat dan daripada Ruh sekelian Malaikat itu.
Dia menjadikan Ruh sekelian Jin dan dari Ruh sekelian Jin itu Dia menjadikan pula Ruh sekelian Syaitan dan daripada Ruh Syaitan itu Dia menjadikan pula Ruh sekelian binatang. Daripada Ruh sekelian binatang itu Dia menjadikan Ruh sekelian tumbuhtumbuhan. Setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang lainnya. Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta’ala menilik pula dengan tilikan Haibah terhadap sekelian Ruh-Ruh tersebut yakni dengan tilikan kehebatanNya, maka hancurlah ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang menghanguskan air lantas mengeluarkan asap hingga naik ke angkasa lalu Dia menjadikan dari asap-asap tersebut tujuh petala langit. Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan dan bintang-bintang.
Sumber: kitab Kashful Ghaibiyyah karangan Hadhrat ‘Allamah Syeikh Zainal ‘Abidin Al-Fattani Rahmatullah ‘alaih, beliau menukilkan berdasarkan kitab Daqaiqul Akhbar Fi Zikril Jannah Wan Nar karangan Hadhrat Imam ‘Abdur Rahim bin Ahmad Al-Qadhi Rahmatullah ‘alaih dan dari kitab Durarul Hisan karangan Hadhrat ‘Allamah Jalalluddin As-Sayuti Rahmatullah ‘alaih dan kitab Masyariqul Anwar karangan Syeikh H Hadhrat assan Al- ‘Adawi tentang bab awal berkenaan dengan penciptaan Ruhul A’zam.

No comments:

Post a Comment