*Kisah Ringkas*
_*Alim Dan Jahil*_
Si alim terkenal dengan ilmunya. Pakaiannya bersih, serban bersih, gaya cakap mutu keunggulan dan lagaknya sang wali. Satu hari bertemu si jahil. Lalu si alim bicarakan ilmunya. Menampakkan kehebatan dirinya yang penuh ilmu dan tinggi ilmunya. Si jahil hanya mendengar saja.
Kemudian si jahil mohon izin sebentar mahu ambil sesuatu. Setelah kembali bersama satu cawan air. Kata si jahil:
_*"Nah Sheikh, airnya. Sudah banyak Sheikh cakap. Tapi Sheikh air ni ada santau. Santau maut punya Sheikh. Sila minum"*_
Terberhenti tangan si alim. Terkebil kebil. Lalu si alim menanyakan mengapa buatnya begitu.
Si jahil jawab:
_*"Aduh Sheikh. Cerita tauhidnya hebat. Saya hanya bagi air santau saja. Sudah takut. Bagaimana ni Sheikh?"*_
Lalu si jahil minum air tersebut. Si alim ternganga mulutnya.
_*"Sheikh, air ni bukan air santau Sheikh. Saya minum biasa saja. Saya hanya mahu uji Sheikh saja. Terbukti Sheikh hanya tukang cakap. Belum lagi diiuji oleh tukang santet hebat hebat di kawasan ini. Baru diolok olok saja sudah pucat mukanya. Saya sudah saksikan seorang hamba Allah berdepan dengan 40 dukun hebat di Sarawak. Tapi si hamba Allah itu memang haq ilmunya. 40 yang batil tak mampu buat apa. Malah ada yang menjadi murid dan bertaubat. Selagi belum dicabar oleh Iblis, maka Sheikh cuma cakap kosong saja. Ilmu haq itu satu saja. Yang batil itu banyak. Ilmu putih jua nampak macam haq tapi masih jenis sihir. Cakap cakap saja, tiada guna. Baju saja cantik, serban saja hijau, gaya lagak saja wali, tapi palsu dirinya. Maaf ya Sheikh. Saya tak suka banyak cakap, saya tunjuk bukti terus. Cakap cakap Iblis pun boleh. Lihat luarannya pasti saya tertipu dan akan menuntut dari Sheikh, tapi batinnya yang saya lihat. Jika haq, pasti saya menuntut ilmunya. Jika tidak hanya buang masa saya kerana ikut kegelapan dan kepalsuan."*_
Si alim diam. Tak mampu nak berkata apa lagi. Sedarlah dirinya itu hanya palsu semata. Hanya baca kitab dan hafal. Sedarlah si alim, bahawa yang dianggapnya jahil tadi lebih faham akan ilmunya dan mengamalkannya walau tak banyak bicara ilmu seperti dirinya. Umpama mekanik yang 5 tahun secara praktikal di bengkel dengan mekanik yang 5 tahun belajar teori di Uni. Yang praktikal 5 tahun tu tak banyak cakap, buka enjin sekejap saja. Yang belajar teori 5 tahun, cakap banyak, dengan istilah istilah, tapi suruh buka enjin, hancur semuanya.
Bercakap depan orang buta, bolehlah nampak gah dan dikagumi.
Bercakap depan orang yang celik, memang kena sergahlah.
Kena sergah sebab sesatkan orang lain.
Jangan keliru ajak kepada kebaikan dengan Haq. Buat baik bukan senang. Huruf Arab tu hanya Alif saja yang lurus, yang lain semua bengkok. Kalau bengkok, gelaplah jawabnya.
Tentulah tak sama orang yang buta dan orang yang celik sebagaimana firman Allah Maha Esa. Allahu'alam.
No comments:
Post a Comment