Monday, 1 May 2017

h

Hakikat Insan berasa beremosi.
30hb Mac
Buat KekasihKu Sang Mursyid
Ohh si khamis,, tanggal 2 rejab..
Hari yang suram.. Terus kelam..
Tenggelam aku karam di lautan terang..
Hilangnya matahari yang sirna bersinar..
Terlindung purnama di balik mendung awan..
Kicau beburung terhenti bisu meratapi..
Sang bayu petang terhenti menangisi..
Separuh jiwaku pergi menjauhi..
Tiada lagi bait-bait kalam indah guruku
Lewat kala diriku perlukan peneman rindu
Tiada lagi kata-kata syahdu membelai kalbu
Jiwaku hanyut bak direnggut bah dari hulu
Hari-hari mendatang kan sunyi tak seperti dulu
Wahai guru.. Wahai mursyidku..
Terima kasih di atas segalanya..
Jasamu membawaku dekat ke hadiratNya..
Tidak terbalas walau ganjaran syurgaNya..
Harapanku agar dikau sejahtera sentiasa..
Semoga di dalam cinta sepanjang masa..
Amiin²
Admin Ana Al-Haq
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
7 Komen
Komen
Muhammad Deny Ali Alhamdulillah, Amiin Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Sufi Ini Alhamdulillah..
Aamiin.
Muhamad Najib Qalbu dipeluk dalam genggaman,
Kirimkan jiwa semanis senyuman,
Agar menjadi sebuah pedoman,

Rasa dikongsi sepanjang zaman.

No comments:

Post a Comment