Monday, 1 May 2017

GURU MURSYID

GURU MURSYID
Apa Maknanya Guru Mursyid?
Makna Guru adalah seorang manusia zahir yang mengajar seseorang di dalam suatu ilmu, menyampaikan petunjuk, petua atau kaedah-kaedah tentang ilmu tersebut. Dan Mursyid itu adalah suatu pengetahuan atau pengalaman yang dilalui sendiri oleh seseorang yang menjadi guru.
Apa bezanya Guru Mursyid dengan guru biasa?
Guru Mursyid benar benar mengetahui di semua sudut bidang ilmu dan pengalamannya yang pernah di laluinya sendiri melalui pengajaran laduni yang mana ia membicarakan hal-hal ilmu yang tidak dapat dijangkau oleh akal pencapaian pemikiran manusia biasa. Guru biasa adalah guru yang mengajar mengikut pendapat orang lain, cerita orang lain atau dari bahan bacaan yang kemudiannya ditafsirkan mengikut fikiran mereka sendiri.
Apakah itu ilmu laduni?
Ilmu laduni adalah ilham atau nikmat pengetahuan yang dicapai oleh mereka yang bertakwa (mengenal Allah Ta’ala). Juga dikatakan Ilmu Makrifat. Dilimpahkan kepada hati aulia Allah yang jernih dan bersih dari segala penyakit2 hati seperti syirik, cinta dunia dan was-was.
Apakah Yang Diajar oleh Guru Mursyid?
Guru yang mursyid mengajar bukan sahaja mengajar berpandukan Al-Quran dan Hadis Qudsi, malah ilmu pengetahuannya diperolehi daripada pengalamannya sendiri yang pernah dilaluinya semasa latihan mencari ilmu hakiki dan makrifat bersama gurunya terdahulu.
Mengapa Perlu berijazah (Bai’ah) bila ingin belajar ilmu makrifat?
Guru Mursyid yang berpengalaman adalah seorang guru yang pernah diijazahkan oleh guru asalnya. Ijazah sangat sangat diperlukan kerana terdapat barakah iaitu mempunyai kesinambungan dari satu guru ke guru sebelumnya (salsilah), dari seorang wali Allah ke wali Allah yang sebelum sehinggalah sampai kepada Rasulullah Muhammad SAW. Atau dalam lain perkataan adalah kesinambungan tenaga illahi iaitu kefahaman atau kesedaran yang hakiki yang diperturunkan dari Rasullullah hinggalah dari satu guru hinggalah ke satu guru yang lain.
Bolehkah belajar terus dengan Allah?
Boleh. Setelah mendapat ilmu laduni yang dibimbing oleh guru mursyid. Namun kenalah faham siapa itu Allah yang dimaksudkan.
Apakah rupa bentuk fizikal seseorang itu melambangkan seorang Guru Musyid?
Dalam mencari guru mursyid hendaklah dipandang dari segala sudut pandang tentang kedalaman ilmunya. Guru yang mursyid BUKAN hanya dilihat dari segi fizikal zahirnya sahaja. BUKAN dilihat dari sudut kedudukannya, terkenalnya dia, jumlah ilmu syariatnya, besar serbannya, panjang dan putih janggutnya, warak rupanya, banyak kitabnya, bertanda hitam di dahi, bersopan santun dan sebagainya. Lazimnya guru mursyid membungkus ilmunya atau merahsiakan ilmunya. Berpakaian seperti orang biasa, makan seperti orang biasa, tidak menonjolkan diri di khalayak ramai. Kelakuan bukanlah menjadi ukuran mutlak akan sifat musyridnya guru itu. Ramai yang tidak berjumpa dengan guru mursyid sebab mereka menganggap guru guru ini seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Dan sekiranya seseorang guru itu dilihat bercakap seolah2 seorang yang bongkak, berpakaian seperti orang biasa (tiada serban dan jubah) dan makan yang agak banyak pada pandangan matanya, ramai yang telah buat dan andaian bahawa guru tersebut bukan mursyid. Maka terlepaslah dia dari berjumpa dengan guru yang mursyid.....
Begitulah ilmu hakikat yang jauh keluar dari kemampuan akal fikiran otak manusia dan masyarakat. Dan ilmu sebegini rupalah yang wajib kita dapatkan, agar banyak rahsia rahsia dan hijab hijab kehidupan dan ketuhanan dapat dibongkar satu persatu. Dan bila sudah tiada soalan, barulah ketenangan hadir dengan sendirinya tanpa diminta minta...
Apakah jenis guru yang kebiasaannya dicari oleh masyarakat umum?
Mereka menganggap guru yang mengetuai sesebuah badan atau organisasi, guru yang pandai berceramah tanpa kering gusi atau guru yang menonjol di khalayak ramai itulah sebenar benar guru. Sayang seribu kali sayang.. Guru seumpama itu boleh dijadikan pengajaran tetapi bukan untuk dijadikan panduan atau ikutan..
Apakah ilmu yang dibawa oleh Rasullulah sehinggalah kepada Guru Mursyid yang ada sekarang ini?
Selain daripada ilmu syariat yang telah biasa kita dengar dan ikuti, Ilmu Kerohanian atau Ilmu Makrifat Mengenal Allah SWT.
Mengapa perlu belajar atau mengetahui Ilmu Kerohanian/Makrifat?
Bukan kerana pahala, bukan kerana syurga tetapi kerana ingin mengenal Allah dengan seratus peratus yakin dan mencapai kedamaian yang hakiki dan merasai kerinduan yang tidak terperi untuk kembali kepada ALLAH SWT.

No comments:

Post a Comment