Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
24.01.2017
Dicatatkan oleh Ustaz Kassim
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
Manakah alim yg bermanafaat samada org alim yg redha dgn nafsu atau org jahil yg tidak redha dengan nafsu..
Org yg jahil yg tidak redha dengan nafsu adalah org yg mengetahui dan mengenal akan aib dirinya.. dan yg membawanya hampir kepada Allah...
Orang alim itu ialah org yg tidak redha dengan nafsu..
Hakikat orang alim adalah org yang mengerjakan yg hak dan jauh daripada yang bathil
Hakikat jahil itu adalah berpaling dan lari daripada yg hak dan mengikut yg bathil
Orang alim adalah orang yang bertaqwa yang takut kepada Allah
Kata Sufian Asthauri .. hanyasanya yg diajar ilmu itu agar supaya takut kepada Allah dan dilebihkan ilmu itu adalah yg membawa takut kepada Allah
Apakah pernah kamu tengok orang feqah yg zuhud dengan dunia, yg gemar dengan akhirat, yg sentiasa beribadat, yang warak, yg menahan diri daripada mencerca org Islam, memelihara diri dan harta mereka, memberi nasihat kepada jamaah mereka, bersungguh-sungguh dalam ibadah, mendirikan segala Sunnah Nabi, tiada merendah org yg dibawah, tidak menggunakan ilmu nya utk dunia..
Sabda Rasulullah Saw..
Terlebih sangat manusia itu disiksa pada hari kiamat adalah orang alim yang tidak memberi manafaat akan dia ilmunya..
Riwayat abu Hurairah ra
Kata Syeikh Jailani..
Ahli dunia ramai, ahli akhirat sedikit dan ahli Allah itu sedikit dalam sedikit
Maka lazimkanlah bersahabat dengan orang yang menunjuk kamu atas kebajikan dan kebaikan serta membawa taat dan hampir kepada Allah
Nafsu terbahagi..
Nafsu amarah..
Nafsu yg condong dan cenderung kepada kejahatan..
Nafsu lawwamah..
Nafsu mulhamah.
Nafsu mutmainnah..
Al Quran dan hadis adalah penapis.. ulama juga adalah penapis
Jgn lebih cakap dari dengar.. takut gelecoh dan jatuh..
Kena lebih dengar dari cakap, baru selamat..
Kata Syeikh
Kena rujuk pada ahli penapis.. jgn cakap sedap..
Nafsu amarah adalah nafsu syaitanniyah yg berlawanan dengan perintah Allah
Nafsu mutmainnah adalah nafsu aqaliah yang telah suci daripada segala kekeruhan dan kekotoran dan telah terangkat segala hijab
Cahaya mata hati iaitu nur aqal yang menunjukkan kepada iman, yang menunjuk dan memandang ALLAH itu tersangat hampir kepada mu daripada urat tengkok
Maka tidak patut lah kamu berbuat derhaka dan maksiat kepada Allah
Ainul Basyirah itu iaitu nur ilmu yang memandang akan tiada dirimu, tiada hal dan tiada daya dan kuat mu melainkan memandang semuanya adalah ALLAH
Dan hak al Basyirah itu iaitu Nurul Haq yang menunjukkan kepada hakikat yang tidak ada yang lain melainkan ALLAH
Tauhid dilidah, syirik dihati.. kebanyakan orang zaman ini.. kata Syeikh kita
Jgn kata dulu la maujud illallah... sebelum kau karam dan fana dalam keesaan Allah
Adalah ALLAH dan tiada sesuatu serta nya, dan ada Nya dahulu tiada serta dengan zaman dan dia tidak terikat dengan sesuatu.. Dia bebas mutlak, ilmu ALLAH meliputi..
Kehendak Allah tidak boleh sekat, ilmu Allah boleh tapis dan boleh bahas.. cakap tentang ilmu kena ikut kadar aqal orang..
Dan disebut mualif ada tiga maqam..
Awal maqam itu ialah maqam ilmu yaqin..
Yang kedua ainul yaqin..
Yg ketiga adalah haqqul yaqin.
Orang yang beraqal menggunakan aqal dan memandang diri kepada Allah dengan ilmunya
Segala ulama itu dengan cahaya ilmu memandang diri mereka tidak ada dalam wujud ALLAH
Kena istiqamah ALLAH biar kekal dalam hati.. kata Syeikh kita
Segala orang yang muhakik itu dengan nurul haq memandang akan haq dan tidak memandang mereka melainkan ALLAH
Apabila hapus dan hilang sifat basyariah maka berpakaian dengan pakaian baqa iaitu dengan segala sifat mahmudah..
Maqam baqa baru boleh buat guru.. maqam fana dok leh wat jadi guru
Syeikh ikut lain, orang lain sampai ikut lain.. ilmu Syeikh boleh pecah, dan boleh hurai dan boleh cerah sehingga datang kefahaman
Jangan sesekali kiranya mendahului cita-cita mu kepada lainnya. Yang pemurah dan yang mulia itu tidak didapati dengan angan-angan
Sesungguhnya Allah tidak redha orang yang bergantung dan mengangkat hajatnya kepada yang lain selain ALLAH
Barangsiapa yang berpegang teguh hati kepada Allah dan tiada bergantung kepada sesuatu yg lain, maka keluarlah sesuatu daripada nya
Tidak suci tauhid dan tidak dikasihi Allah orang-orang yang ada hatinya selain ALLAH
Orang yang beraqal itu tidak redha dalam negeri dunia dan akhirat meminta, bergantung dan mengangkat hajatnya kepada selain Allah
Jangan bersandar dan menggangkat hajatmu kepada yang lain selain ALLAH
Rujuk dan berhadap kepada Allah dulu dan mengadu dan mintalah kepada Allah.. jgn mengadu dan meminta kepada selain Allah
Kata orang Arif ..
Jangan engkau zahirkan hajat bagi lain daripada Ku, maka adalah atasmu itu dengan sejahat2 adab bagimu dan hanyasanya telah Ku cuba engkau dengan hajat dan telah Ku hukumkan bagi Diri Ku dengan kaya supaya terkejut engkau daripada nya kepada Ku dan tadarruk engkau dengan dia bagi Ku dan tawakkal engkau dalamnya atas Ku. Jikalau engkau sampaikan akan dia pada Ku nescaya Aku sampaikan akan dia dengan kaya Ku, dan jikalau engkau sampaikan akandia lain daripada Ku nescaya Aku putuskan kepada mu kasih tolong Ku dengan jauh daripada Ku
Betapa mungkin engkau mengangkat hajatmu kepada yang lain selain ALLAH sedangkan mereka pun tidak mampu dan tidak kuasa untuk mengangkat hajat dirinya sendiri..
[24/02 11:05 am] Pok Nor: Betapa mungkin engkau mengangkat hajatmu kepada yang lain selain ALLAH sedangkan mereka pun tidak mampu dan tidak kuasa untuk mengangkat hajat dirinya sendiri..
[24/02 11:05 am] Pok Nor: Bermula yang memelihara hati daripada kejahatan hati itu empat perkara..
1. Pertambatan dan pertautan hati dengan ALLAH..
2. Benci barang yang lain selain ALLAH..
3. Tidak memandang perkara yg diharamkan ALLAH..
4. Tidak mengharap apa-apa atau pahala daripada Allah..
وبالله التوفيق والهدايه والله اعلم
ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الاآخرة حسنة وقنا عذاب النار..
آمين يا رب العالمين🌹
No comments:
Post a Comment