Thursday, 30 March 2017

pesan6

Syurga *lelaki*
pada perempuan iaitu *IBU*
Syurga *perempuan*
pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami*
kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu*
kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup*
anak perlukan *doa ibu bapa.*    
Masa *mati*
ibu bapa perlukan *doa anak.*

Di *dunia*
nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat*
nasab itu pada *perempuan.*

*Sehebat-hebat manusia*, bila mati dia tetap *perlu orang lain* untuk *kebumikan jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu*
yang manusia ada.
Dia tetap perlu *belajar*
daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* mana pun seorang manusia.
Dia tetap perlu untuk *berurusan* dengan *orang lain...*

Seorang *General Manager* tidak akan mampu uruskan perjalanan premis tanpa *general worker.*

Seorang *raja* tidak berkuasa tanpa ada *rakyat jelata.*
Inilah manusia...
*Lemah.*

Walau sehebat mana pun kita di dunia.
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*
Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada *taraf ujub, riak, sombong dan hina.*

*Ingatlah wahai diri ku* dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat... *sombong dan merasa dia lebih baik.*

No comments:

Post a Comment