Sunday, 5 March 2017

Ws

*🔱YAMAN & RAHSIA-NYA🔱*
☘Rahsia Penduduk Yaman☘
🚸Pengajian Asas Ilmu Fekah🚸
➰☘➰☘➰☘➰☘➰

Bismillah dan Salam Jumaat.

Kisah para kaum Asy'ari Dari Yaman. Huzaifah Al Yamani yang arifbillah bijaksana yang menjadi Guru kepada Sufi Imam Hasan Al-Basri itupun dari Yaman. Tarim Yaman adalah Kota Para Wali .. Dari Yaman hadirnya insan insan yang Bijaksana lagi Arifbillah ..

*Kedatangan Orang Orang Al Asy'ari dan Yaman :-*

Shahih Al Bukhari 1691 : Diriwayatkan dari Abu Musa r. a ;

"Kami sekelompok orang Asy'ari (pernah) menemui nabi SAW dan meminta Baginda memberikan kami binatang tunggangan, tetapi nabi SAW menolak. Untuk kedua kalinya kami meminta dan nabi SAW (telah) bersumpah bahawa Baginda tidak akan mengabulkan permintaan kami. (Namun) setelah beberapa waktu berlalu, sejumlah unta rampasan perang dibawa kehadapan nabi SAW dan (lalu) nabi SAW memerintahkan agar kami diberikan 5 ekor unta dan kami pun membawanya _(Sifat Ehsan Nabi yang tidak lupa pada "hajat" insan padanya : Akhlak hati Baginda)._ Ketika kami mengambil unta-unta itu, kami berkata, 'kami telah membuat nabi SAW melupakan sumpahnya (padahal tidak begitu), maka kami tidak akan bahagia setelah ini' _(kerana disebabkan permintaan silam mereka, hingga menyebabkan Nabi melanggar sumpahnya)._ maka aku _(wakil kaum Asy'ari)_ pergi menemui nabi SAW dan berkata, 'ya Rasullullah! Engkau (telah) bersumpah bahawa tidak akan memberikan binatang tunggangan kepada kami, tetapi engkau memberikan nya juga(?).

Lalu Nabi SAW berkata, "ya, kerana seandainya aku mengambil sumpah dan kemudian aku menemukan *pemecahan yang lebih baik,* (maka) aku akan mengambil (pandangan hujah) yang terakhir" (yang lebih baik itu)".
➰☘➰☘➰☘➰☘➰

*Huraian Bebas :* _Bismillah : maksud Baginda Nabi SAW di atas : jika adanya hal urusan yang lebih menjadi "keutamaan", maka dibolehlah bagi nabi @ umat Islam untuk membatalkan sumpahnya dengan menebus sumpah yang telah dibuat pada sebelumnya. Atau membuat pembatalan pada sumpah sumpah yang kurang yang disukai Allah SWT._

_Sebagai contoh mudah. Katakanlah adanya seseorang yang telah bersumpah Tidak akan bersedekah dalam tempoh "sebulan" ini._

_Maka Allah telah "mengunci" sumpah ini dan haram dilanggarinya tampa sebab sebab yang kuat dibenari agama._

_Tapi tiba tiba datangnya sesuatu "sebab" ; lalu datanglah seorang tua dan anak kecilnya yang sangat fakir dan kelaparan meminta si hamba Allah (yang telah bersumpah) ini untuk menyedekahkan semangkok beras atau makanan (?)._

_Maka hal "darurat" telah berlaku : Tapi hamba Allah ini gagal untuk mencari penyedekah yang lain untuk menunaikan hajat permintaan si fakir ini._

_Maka pada saat itu, Allah SWT telah "melonggarkan" ikatan sumpah yang telah dibuat oleh si hamba Allah ini, maka tidak berdosa baginya untuk melanggari sumpah tersebut dengan menyedekahkan semangkok beras atau makanan pada si fakir yang meminta di dalam bulan yang telah ia bersumpah tersebut. Sumpah yang tidak baik, "tidak wajib" diperturuti._

_Maka keputusan yang terakhir itulah (sedekah dgn melanggari sumpah) adalah hal yang *lebih baik dan lebih menjadi keutamaan* buat yang telah bersumpah iaitu melanggari sumpah atas faktor darurat atau hal yang mengancam jiwa._

_Kita kembali kepada hal hukum ilmu Fiqh, dimana Hukum hakam akan terangkat dalam situasi darurat atau keadaan yang memaksa tampa rela._

_(1) Makan khinzir atau bangkai saat tiada makanan. Asalnya bangkai itu haram. Tetapi hukumnya menjadi terangkat dalam keadaan keadaan tertentu. Maka Allah beri kelonggarannya_

_(2) Membunuh orang pada saat nyawa terancam (saat ingin dibunuh oleh musuh agama atau saat ingin dibunuh orang orang yang berkhianat atau orang jahat) .. terpaksa membunuhnya walaupun dia muslim. Contohnya : menembak seorang lelaki muslim yang sedang cuba menetak seorang wanita dengan parang. Wajib menembaknya dengan "niat" menyelamatkan nyawa kaum lemah_

_(3) Sama hal dalam kes melanggari sumpah. Melanggari sumpah untuk hal yang lebih baik (keutamaan), tidak mengapa seperti kisah Rasulullah SAW di atas walaupun pada asasnya ia tidaklah digalakkan. Dan melanggari sumpah ini bukanlah amalan sunnah tapi Nabi benarkan jika terpaksa._

_Yang haram bila melanggari sumpah dengan sengaja atas dorongan nafsu jahat ataupun dengan niat melanggar sumpah untuk tujuan yang tidak baik, maka ia menjadi perbuatan "pelanggaran sumpah" yang tercela dan sangat dimurkai Allah SWT._

_Di dalam kes Baginda SAW di atas, ia adalah pembatalan sumpah dengan tujuan hal yang lebih baik dan yang lebih menjadi keutamaan iaitu menunaikan "hajat" dari permintaan golongan Asy'ariah yang beriman dari Yaman. Inilah "Akhlak" Rasulullah SAW, lebih mengutamakan kepentingan "hajat" insan lain daripada dirinya sendiri. Sumpah tersebut ditebus Baginda dengan cara cara yang diredhai Allah SWT._ 🔱

*Di dalam hadis yang lain disebutkan bahawa Nabi SAW telah membatalkan sumpahnya. (5:668--SA).*

Shahih Al Bukhari 1692 : diriwayatkan dari abu hurairah r. a bahawa nabi SAW pernah bersabda, "orang orang yaman telah datang kepadaku dan mereka adalah kaum yang bijak dan berhati lembut, *iman adalah Yaman dan Hikmah adalah Yaman,* sementara *kebanggaan* dan *kecongkakan (bodoh sombong)* adalah kepunyaan para pemilik pemilik unta (atau para pemilik ilmu tetapi Jahil mengamalkan ilmu ilmunya : "Sombong dengan ilmu dan harta dunia), *ketenangan dan kesungguhan adalah kepunyaan para pemilik biri-biri (Golongan Yang Merendah Diri : Al-Faqir)". (5:671--SA).* 🔱

*Hadis Sebaran : Tuan Muhammad Ayob*
*Whatsapp Group Feel Islam®*
*Edited : PMS®Riau Nusantara.*
*Copyright Hadis Qudsi Puisi Sufi©+®2017*

No comments:

Post a Comment