Apa Maksud Sahur?
Mari kita sama-sama mengkaji pengertian atau maksud Ramadhan satu persatu. Sebelumnya, cuba tanya kepada diri sendiri, mengapakah sunnah menggalakkan kita bersahur?. Jika ikut pada hukum akal yang bodoh ini, apa salahnya jika kita tidak bersahur?. Tidakkah ianya menunjukkan lebih islamik!. Jika orang berpuasa dengan bersahur, manakala kita pula berpuasa dengan tidak bersahur, tidakkah kita itu lebih islamik dan tidakkah sepatutnya kita itu, lebih banyak pahala berbanding dengan orang lain yang makan bersahur?.
Sunnah menggalakkan supaya pada waktu sahur, jika kita tidak mahu menjamah makanan, setidak-tidaknya kita menikmati “rahmat, nikmat dan barokah” Allah s.w.t biarpun seteguk air!. Selepas sahur dengan menikmati rahmat, nikmat dan barokah Allah s.w.t biarpun berupa seteguk air, kemudian kita dikehendaki berlapar dari makan dan minum.
Dalam kita berpuasa dari makan dan minum, bagaimana rasanya bilamana bekerja di bawah panas terik matahari, tanpa minum air atau bilamana tidak dapat makan?. Itu baru menahan lapar dan dahaga dari makan dan minum yang berupa seringin-ringan atau sekecil-kecil puasa. Bagaimana jika tidak mendapat air dan makanan dari pagi sehingga sampai petang?. Apakah yang akan tuan-tuan rasa?. Itu baru selepas waktu subuh sehingga Maghrib, kita menahan kelaparan. Apa kata jika kita tidak dapat minum dan makan selama dua atau tiga hari, tiba-tiba dapat meneguk segelas air, tidakkah itu dikatakan nikmat, rahmat dan barokah?.
Tuan-tuan tentunya merasakan betapa rahmat, nikmat dan barokahnya bilamana mendapat air!. Nikmat, rahmat dan barokah itulah yang dikatakan puasa!. Puasa itu ertinya nikmat, rahmat dan berkat. Cuba sekali lagi kita tafsir erti bulan Ramadhan. Erti bulan Ramadhan itu, adalah bulan rahmat, bulan nikmat dan bulan barokah. Tidakkah air atau makanan itu, rahmat Allah s.w.t, nikmat dan barokah Allah s.w.t?. Menikmati nikmatnya air itu, itulah yang dikatakan erti Ramadhan (rahmat, nikmat dan barakah Allah) dan itulah yang dikatakan sebenar-benar puasa.
Puasa itu bukan sahaja menahan lapar dan dahaga. Puasa menahan lapar dan dahaga dari minum air dan makan itu, adalah puasa yang ringan dan puasa yang kecil!. Bilamana kita menerima nikmat Allah s.w.t, itulah barokah dan itulah puasa!. Mensyukuri nikmat Allah s.w.t itulah pengertian puasa menurut suluhan ilmu hakikat dan ilmu makrifat!.
Jika ikut tafsiran syariat, menahan lapar dahaga itulah yang dikatakan puasa. Tetapi apabila ditilik melalui suluhan ilmu hakikat, puasa itu, bukan sahaja perkara menahan lapar dan dahaga sahaja!. Menikmati nikmat, rahmat dan barokah Allah s.w.t, itulah puasa!. Nikmat air itulah puasa, nikmat makan itulah puasa.
No comments:
Post a Comment