Sunday, 5 March 2017

Ws

*🔱MARI BERTAUBAT NASUHA🔱*
_"Meniti Jalan Para Wali Wali"_
*🚸Tasawwuf Tadika Asas🚸*
➰☘➰☘➰☘➰☘➰

*SOALAN* : [3/4, 12:53 PM]
Admin©Mamat Rupee : Nak taubat tu lagu mana?

[3/4, 1:16 PM] ⚔🛡⚔Al-Uwaissy®: Bismillah : dan selamat pagi .. pagi yang ceria dan damai.

Jika nak bertaubat yang dikatakan taubat sebenar benarnya taubat, kita perlu menangis atas sejadah pada sujud terakhir .. sujud yang lama : 30 minit ke 1 jam .. bermuraqabah dan mengenangkan sesalan dosa dosa silam kita pada Allah .. saat kita bermuraqabah, Alah pandang dan scan batin hati kita dan Gudang Sir yang terdalam batin .. buatkanlah hingga Allah jadi simpati pada kita pada saat itu ..

.. jika tak mampu menangis sesalan .. maka taubat tu takkan membawa kesan yang dalam ..

Taubat perlu dengan tindakan jasad .. _"Lidah menyebut taubat, akal berhasrat meninggalkan perbuatan "JAHAT" .. hati benar benar berhajat taubat .. dan jasadpun kuat menjauhi yang "JAHAT" ..._ inilah taubat level pertama dalam perjalanan kaum Sufi menuju Tuhan Allah SWT.

Taubat, yang hingga sampai keluar air mata tu,  kena ada rasa kesedaran yang dalam dan tahu tentang azab-azab MAHA  HEBAT dari-Nya buat  bakal bakal pendosa yang mati dalam keadaan berdosa, dosa dengan ibu ayah, dosa menzalimi makhluk .. dosa silam yang tak mampu ditebus .. solat yang tertinggal ribuan rakaat dah .. dosa mencela menghina umpat dengan lidah dan hati dll ..

.. semua ini adalah HUTANG HUTANG yang sangat sukar ditebus kecuali dengan RAHMAT dan Pengampunan Allah ..

Taubat yang benar, hingga seseorang tu mampu menghilangkan rasa "sombong diri" dan "rasa malu" untuk meminta maaf pada sesama manusia yang pernah ia zalimi cela umpat keji dan menghinanya dll. ia adalah tindakan yang wajib bagi setiap "Pentaubat Allah" ..

Tapi bagaimana ingin Allah mahu ampunkan kita jika kita saat berdoa mohon pengampunan taubat pada Allah, sedangkan hati lalai .. tiada rasa insaf yang benar dalam .. tidak merasai rasa sesalan yang benar benar hingga air mata mengalir tampa dibuat buat? ..

Air mata sesalan itulah *pengukur* keseriusan kita dalam bertaubat pada Allah ...

Jika kita benar benar cinta seorang gadis, jika dia mati .. air mata itulah pengukur maqam cinta kita padanya .. kalau tak menangis, hiba dan sedih pun tidak .. itukah yang dinamakan Cinta Sejati?

Taubatpun begitu juga .. Allah itu adalah Kekasih buat setiap pentaubat .. Bagaimana nak dikatakan kekasih jika saat pasrah jiwa raga pada-Nya menyerahkan rasa sesalan atas akuan dosanya .. sedangkan ia tidak rasa hiba dan mengalirkan air mata?

Ada suami yang jahat, tapi saat dia ingin berubah jadi baik, _dia mampu menangis teresak esak di riba isterinya .. inilah sesalan yang BENAR! Air mata yang mengalir itu akan menjadi saksi dan bukti sesalan dalam bertaubat.  Apa lagi saat bertaubat kepada  "KEKASIH TUHAN MAHA PENGAMPUN LAMA MAHA "TERCANTIK"  .. tidakkah lebih patut untuk kita mengalirkan air mata keinsafan pada-Nya?_

_Taubatpun perlu dengan ILMU. Taubat "awam" dengan Taubatnya Wali Wali dan Bakal Wali Wali .. adalah tidak sama maqam "kesedarannya" ..._

_"Taubat ucapan lidah lebih mudah dari taubat dengan jasadi. Dan taubat di lidah juga lebih mudah dari taubat di hati.   Cakap cakap lebih mudah dari "tindakan" dan "perbuatan"_

_"Orang orang yang di bantu Allah dalam pentaubatannya, adalah orang orang yang istimewa di sisi-Nya, dia akan benar benar bertaubat. Taubat kita menjadi layu tidak tahan lama bilamana Allah tidak membantu kita pada proses tersebut. Mohon pada Allah agar dibantu-Nya saat proses pentaubatan tersebut, moga Allah membantu kita - aamiin_ 🔱

No comments:

Post a Comment