Thursday, 5 November 2015

Hadis


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

"Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap seorang dari kamu akan ditanya perihal kepimpinannya. Pemimpin adalah yang bertanggungjawab  memimpin dan akan ditanya perihal yang dipimpin olehnya. Seorang lelaki  adalah pemimpin dalam keluarganya dan akan ditanya perihal  kepimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan  akan ditanya perihal kepimpinannya. Buruh adalah pemimpin dalam harta  majikannya dan akan ditanya perihal kepimpinannya. Jadi setiap seorang  dari engkau semua itu adalah pemimpin dan tentu akan ditanya perihal  kepimpinannya."

- SABDA RASULULLAH S.A.W

 ُ:::NABI SAW TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN PERASAAN SESIAPA PUN TERMASUK HAMBA SAHAYA:::

Dalam Riwayat Soheh Bukhari ketika mana datang undangan daripada BARIROH seorg wanita hamba sahaya,seorg budak miskin Mengundang NABI SAW untuk datang ke rumahnya..

Dan NABI SAW datang dgn terburu-buru kerana takut mengecewakan jika terlambat..

Dan ketika BELIAU sampai di rumah BARIROH,
Maka BARIROH,budak miskin itu menjamu makanan bubur yg bercampur dgn daging...

Maka berkata satu org SAHABAT :
" YA RASULULLAH Ini Makanan Sedekah Kerana Mustahil Org Seperti BARIROH Punya Makanan Seperti Bubur Dan Daging..."

Memang makanan itu di sedekahkan kepada BARIROH tetapi BARIROH mahu mengundang RASULULLAH SAW...
Itu makan sngat enak barangkali BARIROH belum pernah mencicipi seumur hidupnya...
IA mengundang RASULULLAH utk makan makanan itu...

Namun salah seorg SAHABAT terlepas bicara dgn mengatakan " Itu Makanan Sedekah YA RASULULLAH,Sedekah Di Haramkan Untuk MU..."

Maka RASULULLAH SAW melihat BARIROH yg kecewa dan campur malu telah menghidangkan makanan Sedekah kpd RASULULLAH SAW...

Maka RASULULLAH SAW menjawab dgn jelas :
" Itu Makanan Sedekah Utk BARIROH Tetapi Bukan Sedekah Utk KITA Kerna Di Sedekahkan Kepada BARIROH Setelah Di Hidangkan Itu Menjadi Hadiah Setelah Di Hidangkan Kpd KITA..."

Maka cerialah wajah BARIROH...

:::DEMIKIANLAH NABI SAW TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN SESIAPA PUN:::


[ AL-HABIB MUNDZIR AL-MUSAWA ]

No comments:

Post a Comment