Thursday, 2 July 2015

Tasawuf

Perbaikilah adab-adabmu dihadapan Allah dengan bertaubat, berakhlak, takut, malu disisiNya, barangsiapa yg malu kepada Allah maka Allah malu kepadanya!

Sebaik-baik permohonanmu kepada Allah itu ialah engkau memohon keampunan dan keridhaan Allah.


Asal makna sanad itu mengambil hubungan dengan Nabi iaitu orang yg wasil kepada Allah, bukanlah makna sanad itu mengambil hubungan guru yg rantai- berantai secara zahir sahaja tampa wasil.

Sanad itu perlu diambil hubungan dengan Allah dan mengambil hubungan sanad dengan orang yg wasil kepada Allah.

Sanad yg diambil dengan orang yg putus wasilnya kepada Allah adalah tiada hidup rohnya.

Matinya seorang Nabi maka akan dilantik oleh Allah Nabi yg baru disuatu zaman yg lain dan syariat Nabi sebelum itu akan dimansukhkan oleh Allah.

Begitulah juga apabila mati seorang Wali agung iaitu Ghutubul ghaust adzam, maka sanadnya bertukar kepada Ghutubul ghaust adzam yg baru yg dilantik oleh Allah.

Kejayaan dan kegagalan itu adalah dua buah nama yg dinamakan, maka tinggalkanlah nama- namanya itu dan diamlah disisi Zat Yg menamakan!

Ramai manusia yg tidak lepas lompat pagar(nafi-isbat), duduk atas sebab-musabab, tidak duduk atas yg menjadikan sebab-musabab iaitu ALLAH!

Bergantunglah kepada Allah dalam segala ujian Allah atasmu dan jangan engkau berpaling sekali-kali daripada Allah walaupun pecah hatimu!

Wahai hamba! Jagalah akalmu supaya sentiasa berhadap kepadaKU, tinggalkan angan-angan kepada dunia dan akhirat!

Jangan engkau mengkritik dan memandang remeh kepada perbuatan Allah!


Sabda Rasulullah S.A.W:
Akulah orang yang amat kenal Allah dan akulah orang yang paling keras takutnya kepada Allah....
Riwayat Bukhari.

Orang yg telah mendapat kurniaan Tauhid Hakiki tidak bergantung lagi tauhidnya kepada sesiapa pun selain Allah!


الإيمان قول وعمل يزيد وينقص
Iman Itu Berdasarkan Ucapan Dan Perbuatan, Ia Bertambah Dan Berkurang

Orang yg wasil tidak diizinkan oleh Allah bergantung Tauhidnya dengan guru lagi!

Puji Qadim bagi Qadim, hakikat puji dan penyaksian adalah Allah, hakikat syahadah iaitu kenal Allah dengan Allah.

No comments:

Post a Comment