Thursday, 2 July 2015

dr sahabat-tasawuf kenal diri

heart emoticon Assalamualaikum Jiwa jiwa Islam heart emoticon
Salam kasih dengan berbungakan kerinduan
yang berpanjangan buat Sahabat ku semua heart emoticon
Sahabat...,
“Kita sedar.. INSAN mengikut pandangan
orang awam ialah MANUSIA, tetapi pada
mata pandang Ahli Sufi, khusus Insan itu
ialah ‘diri batin manusia’, Kerana itu orang
orang Sufi mengasingkan istilah An-Nas
(Manusia) dengan Insan. Nas adalah
manusia jasmani, sementara insan
adalah manusia batin.
Manusia di jadikan dari Alam yang rendah,
iaitu alam Sufli, sementara Insan pula
Allah jadikan dari alam yang maha tinggi
atau di sebut sebagai alam Ulwi. Kerana
itulah Insan itu nilainya ‘sempurna’ tiada cacat cela..
Kalian boleh rujuk pada Surah At Tiin,
Ayat 4, Surah Saad, Ayat 71 dan ayat 72,
Surah Al Maidah, Ayat 15.. dan terdapat
banyak lagi ayat ayat Al Quran yang
menyentuh akan ‘kesempurnaan’ Insan.
Sahabat yang ku kasihi, heart emoticon
Sempurna kejadian bererti juga sempurna
anasir kejadiannya. ‘Anasir Insan’ itu adalah
sepertimana yang telah pun para Sahabat
ketahui, kerana hal ini telah pun kita belajar
kala kita di peringkat pengajaian Usul dahulu,
seperti yang kita telah dipahamkan bahawa
Anasir Insan itu daripada ‘Nafas , Nufus,
Ampas dan Tanafas, Istilah itu di perolehi
daripada Al Quran, ada tertera pada Surah
Bani Israil Ayat 7, 15 dan 25 yang bererti,
Sama ada Nafas, Nufus, Ampas atau Tanafas,
(Nafsin, Nufusikum, Ampusikum atau
Tanfasun) ia tetap berasal dari satu sumber
iaitu NAFAS, dan nafas itu berasal dari CAHAYA,
Sementara cahaya pula berasal daripada
Asmak, ertinya Insan itu datang daripada
Allah dan di jadikan, jelas ianya bukanlah
satu penjelmaan.
Insan di katakana makluk yang di naikkan
taraf makluknya kepada taraf ‘Sirrullah’ (Rahsia Allah)..
Mengapa nada rahsia?, kerana Insan itu
tidak mampu untuk Manusia bagi menceritakan
akan keadaan nya kerana ianya tidak ada
rupa, tetapai ianya TETAP ADA!..
Jika ianya tidak ada, Maka Manusia tidak
akan ada, dan di dalam Al Quran Manusia
ia di kenali sebagai Makluk yang bertaraf
Zat, iaitu Zat yang tidak menjadikan sesuatu
sebagai mana firman Allah pada Surah An-Nahl Ayat 17.
Itulah PENTINGNYA bagi Manusia untuk
mendalami menghalusi ilmu MENGENALI
DIRI, Mengenali Sifat sifat Allah yang ada
pada diri zahir dan diri batin Manusia,
kerana dari cabang ilmu mengenali diri lah
Manusia akan dapat mengenali Insan atau
dengan nama lain ‘Diri Batin’ memalui ‘diri
dalam diri’ itulah Manusia PASTI akan dapat
mengenali Allah yang Satu.
Orang yang TIDAK mengenali diri, tidak
akan dapat mengenali Allah dengan sebenar
benar kenal, mereka hanya akan bermakam
di ‘makam nama dan melafas semata mata’,
Bukan di makam ‘Mengenal’. Maka Hati
mereka tidak akan di datangi kesedaran
akan keberadaan ‘Insan Kamil’ iaitu yang
memertabatkan maruah ‘Insan Sirrullah’.
Ulamak mengkategorikan diri itu terbahagi
kepada empat bahagian;
1. Diri Terdiri, Maksudnya diri JASMANI
(diri Zahir) atau insan Zahir..
2. Diri Terperi, Maksudnya RUHUL
YAQAZAH yang terdiri dari Roh, akal dan
Nafsu.
3. Diri Sebenar diri, Maksudnya iaitu
RUHUL HAYAT (Roh menghidupkan)
yang terdiri dari nyawa atau Nafas atau
Hakikatul Muhammadiyah.
4. Diri Tajalli, Iaitu bermaksud Diri yang
mengerakan semua diri atau Sifat Kamal.
Maka malangnya manusia di zaman
mutakhir ini, Mereka tidak beranggapan
akan ‘ILMU MENGENAL DIRI itu sesuatu
yang teramat penting, Sebab bagi mereka
ianya hanyalah sesuatu yang akan
membebankan akal dan Malah ada yang
beranggapan bahawa ilmu mengenal diri
ini adalah sesuatu yang ternyata pasti
bakal menyelewengkan akidah seseorang
itu dari landasan Agama Islam, dan yang
lebih malang lagi ada yang mula menganggap
ilmu mengenal diri ini, adalah sesuatu
yang remeh, Bagi mereka kepada sesiapa
yang mahu melaksanakan ibadat,“BUAT
SAJALAH ibadat tersebut, dan jangan di
ambil kira tentang kesempurnaannya,
Baca sahaja! Doa Sahaja! Dan jika itu
memerlukan pergerakan, maka gerakkan
sahaja, maka penumpuan Akal dan
ketekunan Khusyuk itu untuk siapa,
janganlah di ambil pusing! lakukan
sajalah! Konon nya bagi mereka,
“Yang penting kita buat sudah!, terima ke
tak terima kita akan tahu di hari perhitungan nanti!”
Lalu kenapakah Allah S.W.T. menekankan
sesuatu dengan tegasnya di dalam surah
Al-Israa‘ Ayat 36..
Ternya mereka mereka telah melangar
teguran Allah S.W.T. Mereka hanya menilai
perbuatan gerak laku diri mereka sendiri,
mereka hanya mementingkan Failun, dan
Qauli semata mata, gerak laku dan lefas
suara semata mata, mereka tidak berfikir
siapa yang menilai kerja mereka dan untuk
apa semua kerja buat tersebut…
Sahabat yang ku kasihi lagi ku rindui..,
“Bagi orang yang mempunyai akal,
mereka akan menilai diri mereka
supaya mereka mengenali akan siapakah
diri mereka yang sebenar benarnya, dari
mana dan hendak kemana.. Sebagai Ucapan
para Ulamak yang telah pun mengenali diri
mereka;
https://www.youtube.com/watch?v=q9MN61D6CjE
“SIAPA MENGENAL DIRINYA,SESUNGUHNYA
DIA MENGENAL TUHANNYA" wink emoticon grin emoticon
heart emoticon https://www.youtube.com/watch?v=da6Svo19L_A heart emoticon
"Ok! Sebelum apa apaaaa, Baik aku belah duluuu!!" 

No comments:

Post a Comment