Saturday, 4 July 2015
Dakwah
Pemuda hari ni lagi banyak fikir pasal jodoh dari fikir pasal dakwah tarbiah dan masalah umat.
Umat tengah kronik.
Cukup-cukuplah pasal jodoh!
Menangis fikir pasal jodoh,
Sembang pasal cinta jodoh bagai,
Doa pasal jodoh,
Macam seolah-olah kita lebih mengagungkan cinta jodoh dari Allah.
Tolonglah wahai kawanku,
Nabi dulu menangis fikir dakwah, fikir tarbiah, fikir umat,
Itu KERISAUAN nabi.
Bukan pasal cinta jodoh bagai.
Dengar lagu pasal cinta,
Baca novel pasal cinta,
Tengok movie drama pasal cinta,
Sirah nabi tak baca,
Solat lambat,
Ilmu agama diabaikan!
Jadilah pemuda yang berjiwa besar!
Menangis kerana dakwah,
Risau umat,
Sibuk dengan ilmu,
Bersungguh dalam tarbiah,
Bukan sikit-sikit tulang rusuk!
Maaf saya agak tegas,
Hati SEBAK,
Masuk hari ini dah lebih 5000 soalan pasal isu CINTA,
Ratusan yang meluahkan telah BERZINA!
Kalau nabi lihat umat hari ini,
Yang hanyut dengan cinta tanpa mereka sedari,
Pasti nabi akan menangis teresak-esak!
Ya Allah, ampuni kami! T.T
-Tarbiah Sentap-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment