Ustaz Nasir's photo.
9 hrs ·
Ustaz Nasir with Pok Teh Ali and 7 others
MEMBACA AL-FATIHAH DENGAN MENGGUNAKAN SUARA HATI
Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda.
Cari benang cuba masukkan benang kedalam lubang jarum tersebut.
Boleh. ?
Bagus sekali... .
Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut.
Masukkan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut.
Sekarang cuba perhatikan nafas anda.
Apakah sewaktu anda memasukkan benang ke dalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? .
Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukkan benang kedalam lubang jarum tersebut.
Semakin anda memperlahankan nafas anda, anda semakin mudah berkonsentrasi memasukkan benang ke dalam lubang jarum tersebut.
Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda.
Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda.
Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha.
Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.
Ketenangan itu merupakan syarat yang paling di galakkan dalam membaca ayat suci.
Hari ini saya ingin memasukkan "benang" Al Fatihah kedalam "Lubang Jarum" Hati anda.
Mari kita lakukan bersama agar "jarum hati" anda sentiasa tajam dan mudah menembusi hijab zulmah yang bersarang dalam fikiran anda.
Latihan dengan nyaman dan selesa, boleh anda lakukan di atas kerusi atau bersila di atas lantai.
1.Tarik nafas melalui hidung, lepas nafas perlahan lahan melalui mulut.
Lakukan 37 kali. (merupakan pusingan nafas dari Beta Ke Alpha).
Jangan di bayangkan apa-apa pun termasuk kalimah atau pun cahaya , sebab visualisasi merupakan permainan minda juga.
Anda tetap tidak dapat menembusi hijab minda.
2. Sebut kan kalimah "ALLAH" dari halkum anda. Hubungan antara buah halkum dengan fikiran sangat berkaitan antara satu sama lain.
3. Arahkan kalimah tersebut pada dua jari di atas susu kanan anda. Ingat suara zikir anda harus berasal dari suara hati anda.
Persoalannya manakah suara hati dan manakah suara fikiran anda?.
Saya tinggalkan persoalan ini tanpa saya menjawabnya.
Saya akan menjawabnya pada perenggan yang seterusnya.
Teruskan bersuara dengan lafaz "ALLAH".
Arahkan suara tersebut dari buah halkum anda kemudian suara tersebut menuju pada 2 jari di atas susu anda.
Ucapkan berulang ulang, paling sedikit 100 x ulangan.
Ingat hanya suara bukan bayangan kalimah atau cahaya yang anda ciptakan dari fikiran anda.
4. Kemudian sila tongkatkan lidah anda di atas lelangit mulut anda.
Ucapkan kalimah tersebut dengan lidah di tongkatkan di lelangit mulut anda.
Nah.....di sini anda dapat merasakan perbezaan suara yang keluar tersebut.
Suaranya lebih lembut dan lebih jelas sebutannya...lebih mantap sebutannya.
Inilah suara awal yang kita pancing dari hati nurani anda.
Ulangi sebanyak 100 x lagi sehingga anda berada 1/2 di tubuh anda dan separuh lagi berada di dalam hati anda.
Ulangi lagi proses ini sehingga fikiran dan diri anda berada 100% dalam jiwa dan hati anda.
Bila berada disini ciptakan "anchor" untuk diri anda dengan cara berdoa:
" Ya ALLAH setiap kali hamba mu berzikir "ALLAH" saya berada dalam keadaan ini 100 x kali ganda lebih cepat dan semakin dekat dengan mu Ya ALLAH"
5. Mulalah membaca AL-FATIHAH dengan menggunakan suara hati anda, dengan cara menongkat lidah di atas lelangit mulut anda.
Anda akan merasakan sesuatu yang sangat luar biasa tentang kehebatan Al Fatihah ini.
Dengan Izin Allah..
No comments:
Post a Comment