Friday, 5 June 2015
Tasawuf
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم
سبحانك لا علملنا الا ما علمتنا انك انت العليم الحكيم
اللهم زدنا ورزقنا فهما
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Maksud firman Allah. .
Dan apa kamu mahu kan melainkan apa yang Allah mahu... al insan 30
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Kena muafakat dengan kehendak Allah baru berjaya. .
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Islam itu ialah menyerahkan diri bulat kepada Allah. .
Ramai org yg mensia2 kan masa hidup nya tanpa tujuan. .
Jika mahu kan hakikat islam maka hendaklah melakukan penyerahan sepenuhnya kepada Allah. .
Jika mahu pendekatan dengan Allah hendaklah letakkan diri di tangan kudrat dan tindakan Allah tanpa apa persoalan. ..
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Apa yang kita mahu kena muafakat dengan apa Allah yg kehendaki.. hendaklah menyerah kpd kehendak Allah dan jgn sekali 2 menentang kehendak Allah meskipun Dia merampas harga diri harta dan semuanya
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Cari pembimbing untuk berjihad kepada hawa nafsu..
Carilah dan dampingilah orang yang boleh membantu mu dalam jihad terhadap dirimu..
Guru mestilah ahli akhirat dan tidak condong kepada dunia..
Guru yang mengikut hawa nafsu nya itu guru dunia..
Guru yang mengikut hati itulah guru akhirat
Guru yang mengikut kebatinan nya itulah guru yang membawa kpd Tuhan
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Bila seseorang hamba telah cair jiwanya nafsu dan tabiatnya dengan benar maka tinggal lah ia dengan Tuhannya tanpa gangguan lagi.
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Maksud Hadis. ..
Gembiranya orang mukmin di wajah nya sedang kesedihan nya disimpan di dalam hatinya
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Guru yang benar adalah guru yang buta dengan selain ALLAH. .
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Ya Allah ya Tuhan kami...
Kembalikan lah kami kepada Mu dan berdiri kanlah kami dipintu Mu..
Jadikan lah kami buat Mu kerana Mu dan bersama Mu.. relakan kami untuk berkhidmat kepada Mu.
Jadikan pengambilan kami dan pemberian kami buat Mu.
Sucikan batin kami dari yang selain Mu.
Jangan sampai Engkau mendapati kami ditempat larangan Mu atau tiada mendapati kami di tempat suruhan Mu..
Jangan jadikan lahir kami membuat maksiat kpd Mu dan batin kami membuat syirik kepada Mu.
Ambillah kami dari jiwa untuk menuju kepada Mu.
Enakkan hati kami dan rahsia kami utk berdekatan dengan Mu.
Pisahkan antara kami dengan maksiat kpd Mu sebagaimana Engkau pisahkan antara langit dan bumi.
Dekatkan kami kepada ketaatan Mu sebagaimana Engkau dekatkan antara hitam mata dan putihnya..
Jauhkan antara kami dengan apa yang benci sebagaimana Engkau jauhkan antara Yusof dengan Zulaikha pada maksiat terhadap Mu..
Aaaminn
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Jika kita mahu Selamat maka segeralah bertaubat kpd Allah drp segala dosa2 dan ikhlaskan pula taubat kita..
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Ya Allah ya Tuhan kami..
Jadikan lah kami tergolong orang 2 yang benar. . Dan berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat serta Selamat kan lah kami dari siksa api neraka. .
Aaminn
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Jalan Allah itu benar dan lurus.
Kaum khusus itu hanya kenal yg benar saja tanpa dusta. Kebenaran nya tiada kelihatan. Perbuatan mereka lebih banyak drp perbicaraan mereka. Mereka wakil dan khalifah Allah di bumi. . Tokoh dan ahli bijaksana dibumi.
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Siapa yang memandang taufik pada dirinya nescaya hilang sifat bangga dan megah nya
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Dan Allah tidak juga menerima amalan yg tidak mengikut al Quran dan assunnah
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Keluarkan lah pergantungan hatimu kpd manusia mereka tiada mampu berbuat jahat atau yang baik.
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: ALLAH Sentiasa menguji walinya bagi mensucikan mereka. Mereka sangat takut Allah meskipun diberi jaminan.
Setiap kali Allah beri kekayaan mereka menfakirkan diri mereka..setiap kali bagi kurniaan mereka menolaknya. .
Setiap kali Allah beri mereka ketawa mereka menangis. .
Mereka sangat tahu bahawa Tuhan tidak ditanya tentang apa yang dilakukan tetapi mereka lah yang ditanya.
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Keluar dari kulit dirimu kelak engkau akan tiba kepada Allah
Jgn rasa puas dengan kulit sahaja, puas dgn pakaian dan meminjam kata2 mereka saja tanpa ikut isi dan pakaian bathin mereka. .
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Wajib belajar ilmu syariat dengan manusia kemudian dengan Allah. .
Bagaimana dapat belajar tanpa guru.
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Hendak lah suci diri dengan Allah dan hendaklah hati mu sampai kpd Allah. Sembunyikan sedih dan zahirkan gembira. Beradablah dengan manusia dengan adab yang mulia. .
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Jangan mengadukan hal mu kepada sesiapa pun kerana jika kau mengadu engkau akan jatuh drp pandangan Allah
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Maksud hadis
Barang siapa yang beramal dengan apa yang diketahui nya nescaya Allah akan mewariskan nya ilmu yang belum pernah dia mengetahui nya..
Riwayat Abu Nu' aim
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Orang mukmin mestilah teguh ubudiyyahhnya..
Orang yang teguh ubudiyyah tidak akan berubah dan tidak berganjak kehambaannya kpd Allah meskipun ditimpa dengan pelbagai musibah..
Mereka sabar dan rela dgn takdir Allah. . Mereka membiarkan tubuh mereka tempat bala bencana Allah. .
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Tiadalah sesuatu yang akan dicapai oleh seorang mukmin itu malaikan ikhlas
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Cairkan kekeruhan diri dengan berpuasa. .
Cairkan dan jinakkan hawa nafsu serta tabiat dengan selalu berpuasa selalu bershalat dan selalu bersabar..
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Maksud hadis..
Tuntutilah ilmu meskipun ilmu itu di negeri China
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Bagaimana engkau memasang niat kpd Allah sedangkan engkau sering mendustakan Allah pada bicara dan perbuatan mu. Engkau masih mengharapkan pujian dan sanjungan manusia
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Selama engkau mengejar dunia maka selagi itulah engkau hamba dunia.
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Maksud hadis..
Akulah orang yang amat kenal Allah dan akulah orang yang paling keras takut nya kepada Allah. .
Riwayat Bukhari
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Sesungguhnya Allah tidak akan menerima kata 2 tanpa amal atau amal yang tidak diiringi ikhlas. .
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Tinggalkan sifat tamak nescaya akan dicukupkan rezekinya. .
Bagaimana boleh dipandang baik bagi orang yang berakal waras pada menghabiskan masanya pada perkara yang bukan haknya.
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Makanya carilah dan bersama lah dengan wakil ALLAH sebagaimana perintah Allah. .
Wahai orang 2 yang beriman bertakwa lah kpd Allah dan hendaklah bersama dengan orang yang benar...
[10:53AM, 5/06/2015] Pok Nor: Jangan pandang hina dan rendah ahli maksiat kerana mungkin diberi ALLAH petunjuk kpd mereka dan dipalingkan hati kita drp petunjuk. .
[10:54AM, 5/06/2015] Pok Nor: ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وفنا عذاب النار. ..
امين.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment