Wednesday, 17 June 2015
Tasawuf zikir
🔱BERZIKIR TETAPI HATI TAK TENANG🔱
BAHAGIAN II (MENGERTI FIRMAN-NYA)
BERZIKIR DENGAN ILMU PENGETAHUAN
BUKAN BERZIKIR DALAM KEJAHILAN.
Sedangkan tealh dijamin dari-Nya, bila hati zikir ingati Dia, hati akan jadi tenang.. tetapi mengapa telah berzikirpun hati masih tidak menjadi tenang?
الَّذِينَ آمَÙ†ُوا ÙˆَتَØ·ْÙ…َئِÙ†ُّ Ù‚ُÙ„ُوبُÙ‡ُÙ… بِذِÙƒْرِ اللَّـهِ ۗ Ø£َÙ„َا بِذِÙƒْرِ اللَّـهِ تَØ·ْÙ…َئِÙ†ُّ الْÙ‚ُÙ„ُوبُ ﴿٢٨﴾
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
(Ar-Ra'd: 28)
Bismillah : Penjelasan bagi makna : Hati Jadi Tenang Dengan Berzikir :
Bismillah : - Yang dimaksudkan hati menjadi "tenang" dalam zikir ..untuk memperolehi "ketenangan jiwa" yang dimaksudkan seperti firman Allah SWT di atas, adalah ketenangan hati itu "hadir" dari 2 sumber utama. Kerana tampanya maka ketenangan yang dimaksudkan tidak akan datang kecuali dengan keizinan dan rahmat-Nya.
Pertama : Ketenangan hati itu hadir dari sumber "ilmu pengetahuan" tentang zikir yang dibaca pada lidah zahir dan pada lidah hati. Di dalam zikir itu terkandungnya rahsia dari segala rahsia, dan rahsia itulah sumber terawal datangnya ketenangan jiwa. Rahsia disebalik zikir itu adalah "ilmu pengetahuan" tentang zikir itu sendiri. Dan tinggi rendah maqam ketenangan jiwa itu adalah bergantung sejauh mana kamu mengetahui "kefahaman ilmu" tentang rahsia di sebalik setiap zikirullah yang diamalkan.
Kedua : Ketenangan itu "hadir" atas kerana ia "didatangkan" dari Allah lalu ketenangan itu dicampakkan Allah kedalam hati para hamba-Nya hingga tenanglah hatinya dari apa yang menyebabkaan hatinya tidak tenang pada sebelumnya itu. Hati menjadi tidak tenang itu adalah berpunca atas sesuatu sebab. Sama ada atas kerana permasalahan dunia bagi ahli dunia @ persoalan akhirat bagi ahli akhirat. Kedua-duanya bisa menyebabkan hati menjadi tidak tenang.
Zikirullah bererti kebergantungan qalbu hati 200 percen kepada Allah taala. Di dalamnya adanya sifat "tawakal" (berserah kepada-Nya) dari segala kegelisahan dan keresahan jiwa yang berpunca dari hal kehidupan. Yang mana hatinya menjadi tidak tenang adalah atas faktor keduniaan. Diuji Allah dengan sakit kronik yang bakal menempah ajalnya dalam masa yang singkat, kehilangan insan tersayang, diuji dengan bala-Nya atas dosa kezaliman sesama manusia, atau keresahan itu timbul dari tangan sendiri, dikejar ceti, dikejar polis, dikejar suami orang dan sebagainya.
Semua hal ini akan membuahkan yang dikatakan "Jiwa Tidak Tenang" kerana jiwa merasa hilangnya tempat bergantung dan hilangnya tempat mengadu nasib dari segala permasalahan dunia yang hadir pada diri tersebut. Namun sebagai seorang hamba-Nya, kita perlu mengerti suatu hal, Kamu Masih Mempunyai Tuhan dan "Kamu Ada Allah" yang mana hanya pada-Nya sahaja tempat terakhir untuk kamu kembalikan segala permasalahan hidup yang timbul, dan hanya DIA sahaja yang mampu menyelesaikan segala masalah itu yang menjadi punca Hati Tidak Tenang.
Ada yang memahami, jika hati tidak tenang maka jika berzikir di lidah,maka hati menjadi tenang(??) Ya sebahagian pengamalnya berjaya memperolehinya, tetapi sebahagian besarnya yang berzikir di lidahnya semata, hal itu tidak mendatangkan ketenangan hati seperti yang dimaksudkan pada firman Allah SWT di atas. Sebagai contohnya pada saat seorang isteri bilamana mengetahui suaminya mahu bernikah satu lagi, maka zikir di lidahnya berbakul bakulpun tetap tidak menghilangkan keresahan jiwa yang sangat memberi gangguan pada hatinya. Maka pada orang yang seperti ini, zikirullah di lidahnya itu tidak mendatangkan apa apa kesan manfaat kecuali pahala semata namun hatinya tetap "tidak tenang."
Zikirullah yang sebenar benarnya adalah mengerti serta memahami bahawa segala permasalahan hidup di atas dunia ini adalah semuanya adalah "ketetapan Allah". Ada hadis tentangnya yang mana segala baik dan buruk yang terjadi itu semuanya adalah "Kehendak-Nya" dan dari-Nya ia datang bagi menguji keimanan setiap para hamba-Nya.
Maka jika kita mengerti hal tersebut (ilmu pengertian) maka hendaklah dikembalikan kepada-Nya segala yang menyebabkan hilangnya ketenangan jiwa itu, hati perlu digantungkan "kembali" kepada sumbernya, iaitu kepada Tuhan yang menciptakannya, Tuhan yang telah memberinya rezeki dan kehidupan, dan Tuhan yang telah "menempatkan" pada situasi dimana ia berada pada saat itu (masalah yang meresahkan jiwanya).
Zikirullah bukanlah sekadar dibaca semata, tetapi ia bermakna ingat Allah dengan menghadirkan wujudnya Allah di dalam batin jiwa serta merasai Kekuasaan-Nya yang tiada batasan, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pembantu, Maha Penolong, hanya kepadanya sahaja tempat bergantungnya hati dari permasalahan yang timbul itu. Dengan kefahaman ini, bila hati "ingat Allah"(zikirullah) memahami bahawa segala yang terjadi itu sebenarnya adalah dari ketetapan dan kehendak-Nya jua, maka ia membantu untuk mententeramkan hati yang sedang kegelisahan.
Zikir di lidah dan di hati diperlukan agar Akal tidak Terputus dari "mengingati Allah". Zikirullah di lidah yang tidak disertai dengan kesedaran Hati dan Akal, maka ia adalah zikir yang sia sia, ia sekadar berpahala tetapi tidak mendatang faedah kesan pada sukma hati yang terdalam. Tidak akan membuahkan ketenangan jiwa sebagaimana pada ayat firman Allah di agas.
Hati tidak tenteram atas kerana "dia"(hati) tidak tahu apa yang sepatutnya dia "tahu" ... maka hati yang tidak tenang itu harus selalu "diberitahu" oleh akal. Akal perlulah "hidup" sebelum ia mampu menasihati hati yang tidak tenteram itu.
Akal yang "hidup" dengan CAHAYA-NYA akan memujuk dan menasihati hati yang sedang berdukacita berkeluh kesah (tidak tenang) dengan ayat ayat bahasa ghaib (dari-Nya bisikan kemalaikatan) yang akan menjadi sumber hadirnya "ketenangan hati" yang dimaksudkan ;
Akal akan menasihati hati dengan kata-kata ;
"Wahai hati yang tidak tenang dan suka berbolak balik dan mudah berduka dengan masalah dunia, ketahuilah olehmu bahawa engkau Mempunyai Allah Tuhan sekalian alam yang mendatangkan segala masalah. Ketahuilah bahawa tempat dudukmu adalah di hujung JARI-JEMARI TUHAN (cicak berbunyi) DAN DIALAH YANG MEMBOLAK-BALIKKAN KAMU (hati) MENGIKUT KEHENDAK-NYA DAN KESUKAANNYA DAN JARI JEMARI-NYA TIDAK AKAN DIAM (cicak berbunyi) MEMBOLAK BALIKKAN HATI HATI MANUSIA YANG DIKEHENDAKINYA. Maka tenangkanlah wahai hatiku dari berkeluh kesah hingga hilangnya ketenangan padamu. Ketahuilah Allah SWT itu sangat membenci dan murka pada hati hati-hati insan yang suka berkeluh kesah hingga hilangnya kedamaian dan ketenteraman. Maka tenanglah kamu wahai hati, kerana setiap masalah yang diberi-Nya kepadamu itu pasti diberinya jangan keluar dari-Nya jua. Maka bertaubatlah atas segala kesalahanmu kerana selalu "melupai-Nya" hingga DIA "Terpaksa" mendatangkan "suatu sebab" agar kamu (hati) INGAT KEMBALI KEPADA-NYA. ALLAH SWT SANGAT "CEMBURU" KEPADA SETIAP MUKMIN YANG LEBIH "MENGINGATI" MAKHLUK-NYA DARI "MENGINGATI" DIRI-NYA! DIA MENGHIDUPKAN KAMU, DIBERI-NYA REZEKI KEPADAMU, DIBERI-NYA TEMAN HIDUP KEPADAMU AGAR TIDAK KAMU KESUNYIAN DAN MELAMPIASKAN SEGALA HAJAT BATINMU, LALU DIBERI-NYA KAMU TEMPAT BERTEDUH YANG INDAH DAN SELESA DAN KEHIDUPAN YANG BAIK DAN SEMPURNA, ATAB RUMAH YANG TIDAK BOCOR, KURNIAAN REZEKI YANG BERLIMPAH RUAH, KESIHATAN YANG BAIK, AMAN DARI GANGGUAN MUSUH DLL.. Tetapi kamu (hati) tidak pandai bersyukur kepada Allah, selalu kamu melupai sumber pemberi segala nikmat itu, cintamu diberi kepada "tempat yang salah", Allah memberimu segala nikmat hidup dengan kasih sayang-Nya, Allah SWT mencintai kamu (hati) tapi kamu mencintai kepada selain dari DIRI-NYA.. maka kerana itulah Allah SWT mendatangkan "UJIAN TEGURAN-NYA" dengan menghilangnya ketenanganmu (hati) agar kamu mengingati kembali kepada-Nya si "PEMBERI NIKMAT". Maka kamu (hati) harus ditegur-Nya selalu agar kamu kembali ke sisi "dakapan pelukan-Nya" dimana di situlah Ketenangan Jiwamu berada dan bertempat. Hati yang "bertempat" selain daripada Allah, bererti "Tiada Ketenangan" ...
Hati yang "bertempat" selain di sisi Allah adalah bererti kekacauan. Hati yang "bertempat" dengan makhluk-Nya adalah kebinasaan, iaitu yang menjadi punca utama datangnya segala permasalahan hati (tidak tenang). Hati yang bertempat kepada wanita/pria bererti kehancuran.
Di dalam sebuah hadis Qudsi, Allah SWT telah berfirman membawa maksud ; "Wahai manusia, berilah hatimu kepada kepada makhluk-Ku, lihatlah nescaya mereka akan menghancurkannya bagaikan kaca terhempas ke batu hingga menjadi kepingan kecil. Tetapi jika kamu memberi hatimu kepada-KU, nescaya AKU akan mencantumkan kembali serpihan-serpihan kaca yang pecah itu kepada bentuk asalnya kembali."
Begitulah kasih sayang Allah, jika hati punya masalah, gundah gulana, hiba, kecewa, putus cinta, tidak tenang dan sebagainya, maka ubat hati yang paling mujarab adalah "Zikirullah", iaitu bukan sekadar dizikirkan dengan lidah semata tetapi hati ingat kepada Allah SWT dengan mengwujudkan Allah pada hati iaitu hati kembali ke sisi-Nya di dalam dakapan pelukan jari jemari Tuhan hingga hati itu sendiri menjadi tenang kembali, di damaikan oleh jari jemari Tuhan rabbuljalil.
Hati perlu menyedari, bahawa segala yang "akan berlaku"di dalam ketentuan takdir-Nya, ia pasti terjadi. Tapi segalanya akan menjadi damai dan tenang jika hati "Kembali Ke Sisi-Nya" (zikirullah) kerana mengerti bahawa hati yang tidak tenang dan damai itu, sebenarnya ianya tidak mampu untuk mengubah apa apa ketentuan pada suratan takdir-Nya. Maka ketenangan itu akan hadir dengan berserah kepada-Nya seluruh jiwa dan raga pada saat menghadirkan Allah pada dalam hati, ingat kepada kebesaran dan kasih sayang dan cinta-Nya kepadamu, lalu jika adanya kefahaman ini, maka barulah Allah SWT akan "mencampakkan" KETENANGAN JIWA YANG DIMAKSUDKAN ITU PADA HATI (Berzikir hati menjadi tenang). — wallahu'alam.
(Dengan Res2 Allah) Sahur Pertama 4:33AM 🌟🔱🌟
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment