Thursday, 18 June 2015
Puasa
Makanan sunnah untuk berbuka
Jika ketika bersuhur disunnahkan dengan tamar (kurma kering), ketika Nabi berbuka pula menurut Anas Ibn Malik RA,
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّىَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ
Ertinya: “Rasulullah SAW berbuka puasa dengan ruthab (kurma basah) sebelum solat maghrib. Jika tidak ada kurma basah, maka baginda berbuka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian baginda berbuka dengan seteguk air.” (riwayat Abu Daud dan Ahmad, hasan sahih)
Ini menunjukkan bahawa Nabi SAW mendahulukan ruthab yakni kurma basah (yang lembik). Jadi kita haruslah berusaha untuk mendapatkan dan saya kira pada hari ini sangat mudah untuk kita mendapatkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment