Friday, 19 June 2015

Puasa amalan


[ 16 TIPS KESIHATAN SEMASA BERPUASA RAMADHAN ]
ISMAIL MOHAMAD YUSOF

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;

1). Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi pottasium seperti makanan bergula perang.. bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan untuk perut tetapi untuk BERI TENAGA PADA HYPOTANAMOS (otak dalam otak).

Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.

2). Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.

3). JANGAN LEWATKAN SOLAT MAGHRIB  - makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10,000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga ygnn dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar..

4). Selepas solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus MAKAN MALAM. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima (5) jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air.

5). Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu tambah sejuk. Jangan risau mandi malam dengan paru-paru berair. DONGENG.

Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara basahkan rambut tapi badan tak basah.

6). Selepas mandi, SEBELUM pergi SOLAT ISYAK, minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yang diblender.

7). Solat ISYAK BERJEMAAH. Lepas tu sembahyang TARAWIH solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yang gopoh gapah.

8). Pastikan ambil MOREH RINGAN. Makan lepas pukul 10.30 MALAM adalah kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah TADARRUS minima 1 helai.

Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.

9). Selepas itu sebaiknya TIDUR SEBELUM PUKUL 12 MALAM untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.

10). Selepas itu bangun pukul 3 PAGI untuk QIAMULLAIL Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dengan hujung jari. Boleh mandi. Tak ada masalah kesihatan.

11). Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat WUDHU', TAUBAT, TAHAJJUD, HAJAT dan WITIR.

12). Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat (1/4). Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3-5 PAGI. Masa ini Allah anugerahkan KESEMBUHAN kepada banyak PENYAKIT.

13). SAHUR. Sebaik-baik sahur adalah seperlapanbelas (1/18) dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak untuk elak cepat basi. Lebihkan masak masa makan malam, jangan campur garam dan simpan sikit untuk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam.

14). Selepas sahur, terus solat SUBUH BERJEMAAH.

15). JANGAN TIDUR SELEPAS SUBUH kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan MASALAH KESIHATAN.

16). Tidur QAILULLAH (1 sebelum zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam (1) waktu biasa.
---

Cara makan kurma.
60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jangan kupas di luar.

Kurma terbaik ada 4 jenis.. ajwa, mabrom, sapawi, mariami.

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari 8 jam.

Sebelum sampai Ramadhan, berazam untuk berlatih untuk tingkatkan ibadah dengan latihan pra Ramadhan.

Semoga bermanfaat, selamat beramal! "Ahlan wa sahlan, yaa Ramadhan.."
Better health, Best lifestyle.

Sila SHARE jika bermanfaat..

No comments:

Post a Comment