Wednesday, 3 June 2015

Pondok


😏😏Alhamdulillah,
Pagi ni spt mana kelaziman sokmo2, pondok2 di Fatoni akan menangguhkan pengajian buat sementara waktuπŸ”¬πŸ”­ 'ditambat' dengan amalan nisfu syaban pada sebelah malam dan sebelah pagi dengan tausiyah dari tuan guru.

Tausiyah dari tuan guru penting bagi memperingati anak murid agar jangan lalai dengan cuti yang panjang, hormati dan taati para guru, kedua ibubapa dan perintah agama.

Cuti penggal kali ni yang paling lama πŸ™‡πŸ™‡ dalam setahun daripada 3 cuti.
⃣ Cuti Maulid sebulan πŸ’ƒπŸ™ŒπŸ˜†
⃣ Raya Haji seminggu 😭
⃣ 2 bulan (15 syawal - 15 syaaban) πŸ˜„πŸ˜†πŸ’ƒπŸ‘

Kebanyakan pelajar pondok terutama yang dhoif2, anak2 yatim, memanfaatkan cuti panjang dgn mengambil peluang mencari pitih seriyal dua πŸ˜†πŸ˜† untuk menampung belajar dan sara hidup pada penggal depan. πŸŽ“πŸŽ“

Sebilangan yang berkemampuan dan disarai oleh ibu bapa memilih untuk belajar mencari nafkah sendiri sebagai persediaan 'timing' ibubapa akan bertukar bila2 masa.

Pesan ayah ''dok pondok 2,3 tahun sudahlah ambik nahu sorop, lepas tu kena gi Mesir!''

"aku kena kerja, kena standby, jika tak, jeng kreng lagu ning".

Ke Singapore keja tebar roti canai, keja pelabuhan, pikul tali kapal.

Ke Malaysia, khususnya pelajar Malaysia bimbit kopiah bawa balik 5,6 kodi, jubah 3,4 helai nak cover duit tambang.

Ada yang menuju ke Bangkok, Brunei dsbnya.

Begitulah lumrah kehidupan budok pondok sementara nikoh.

Munasabah budok pondok tidak kaya raya sebab di alam menuntut ilmu.

Walaupun kami kekurangan, Tuhan kurniakan kaya hati dan ilmu manafaat pon tak pa doh.

Nak dapat ilmu di pondok selain dari tekun kenalah belajar berikhtiar. Tak de 'tabung' utk pelajar pondok spt kami ni.😴😴.

Terbaik!πŸ‘ buat tabung sendiri, nak keluar duit tak payah isi borang, ikut berapa banyak!😊😊

Tebuk botol2 air, buluh2 utk buat tabung.

Bagi ibubapa yang ada link dan 'darling', suka anak dia ngaji pondok kira alhamdulillah, masyaAllah, tabarakallah bila tahu anak nak balik sanggup tunggu di stesen bas jemput anak.

'Kaki belum pijak tanah' , kata orang tua. Kedua tangan dah dihulur, nak dakap dan peluk anak, rindu dendam kerana lama berpisah, 4,5 bulan pergi belajar pondok rasa macam 4,5 tahun!.

Walaupun ibubapa tak pernah belajar pondok, kasih sayang tak pernah berubah sama macam adik beradik lain.πŸ‘ͺπŸ‘«

"Biaqlah depa jiran, mak penakan hang nak kata apa dekat hang, mak tak peduli, mak buat pekak, mak suka hang mengaji ugama"

"Oghang dok kata kat mak, kata kat ayah hang, kami buat zalim kat hang pasai hantaq hang pi mengaji di Petani"

"Pak penakan hang (org kuat hiraki) kata, patut sangat hang dok di pondok pasai hang bodoh"

"Mak tetap sayang hang"

Allah akbar! beruntung sungguh dapat emak bapak macam tu. Hujan panas, di lambung ombak, ranap dipukul ribut tetap setia dengan anak.

  😠, ada juga kes emak bapak yang tak suka anak belajar pondok.

Kalu emak bapak yang pesen tak suka pondok, time cuti begini anak tak balik rumah. Terus cari pekerjaan, menumpang di rumah kawan2.

Tidur di balaisah2 dan masjid2.
Ada yang di lantik imam dan bilal sementara oleh makmum kerana imam dan dan bilal original asyik 'uzur'. Makmum boring dengan 'peel' imam dan bilal. Nampak muka time solat Jumaat dan baca Yasin malam Jumaat.

Ada juga emak bapak 'kureng' dengan anak yang mengaji pondok, tapi terpaksa hantar juga anak ke pondok disebabkan anak dia tolol, dan benak.

Cikgu kata 'tak mai pun tak pa'.

'merata tempat akedemik, semua tak luluih'.

Kata ayah, 'kita pi tauk di pondok arhh, suruh ustat jaga!'.

Time cuti, anak 3,4 kali talipon suruh ayah ambil di stesen bas baru berbalas.

Kata ayah "mung turung steseng bah, mu tupeylah sapo2 hok mu kenal, ayoh sibuk cket".

Mengalir air mata anak, kalu along, kak ngah cuti universiti nak balik kampong ayah siap basuh kereta gi sambut di stesen bas. Begitu bersungguh rai anak yang ngaji U.

"Mung makang dulu, mak ayoh nak tubik metar, lauk tu padang doh denge mung"

Menitis air mata anok, kalu along, kak ngah klik universiti, 3,4 hari ayam itik tak senang duduk takut masuk serkap.

Kalu along, kak ngah klik cuti U emak ayoh makang sehidang denge anok!

'aku ngaji pondok, tak de sape peduli'

'time adik beradik berkumpul dan berbual dia dipinggirkan, adik beradik yang berpendidikan 'tinggi' πŸ’‘ kasih emok bapok melimpoh ruoh, tatang bagai minyak yang penoh.

Ambe kecek cket, mok bapok wat tak dengor, banyok ambil perhatian adik beradik hok lain'.

Kata guru 'walau oghe tak suko denge kito, kita maafkan'.

Begitulah, budok pondok akan dipinggirkan oleh keluarga yg lebih meraikan anok yg belajor U.

"Walaupung aku tolol dan benak, aku ado perasaang. Duhai emok,ayah kau tetap ibubapa kandung dunia akhirat."

Walaupun tak suko berilah kesempatan n biarlah aku memandikan, menyembahyangkan, menurunkanmu ke dalam kubur, mentalqinkan kamu"

Demikian kisah suka duka kehidupan pelajar pondok tatkala menempuh cuti yang bakal ditempuhi.

Selamat maju jaya dalam pelajaran.

Maaf deh perbetul urat!

Sekian.
Hooray!!! Cuti...!

No comments:

Post a Comment