Thursday, 4 June 2015

Ilmu


Sayyidina Ali: "Andainya kemiskinan itu berwujud
sebagai manusia bernyawa, pasti akan ku bunuh”.

'Kemiskinan jiwa' adalah kehendak kehendak terhadap dunia.

Kekurangan harta(zahir) bukan kemiskinan yang dimaksudkan Sayyidina Ali.

~~~~~~•••~~~~~~

Sebaliknya kemiskinan zahir merupakan perkara yang sentiasa didoakan oleh Rasulullah s.a.w. Hal ini dibuktikan dengan
doa-doa Baginda yang berikut:
"Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin dan matikanlah aku dalam keadaan miskin”[9].
"Wahai Allah Tuhanku, hidupkanlah aku miskin, matikanlah aku miskin, dan kumpulkanlah aku (di padang
mashsyar) dalam golongan orang-orang miskin”[10].
Di samping itu, Abullaits Assamarqandi (1978:316) juga pernah berkata: Abu Ja'far meriwayatkan dengan
sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata: "Hai manusia, jangan sampai kesukaran itu mendorong kamu
untuk mencari rizqi dari yang haram sebab saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah,
matikan aku sebagai orang fakir miskin, dan jangan dimatikan aku kaya, dan kumpulkan aku dimashsyar
dalam rombongan orang-orang miskin pada hari qiamat, maka sesungguhnya yang amat celaka ialah orang
yang miskin di dunia dan tersiksa di akhirat".
Malah sebelum Rasulullah s.a.w. pun, ada Nabi-Nabi yang gemar kepada kemiskinan. Imam Ghazali (1980,
Jil.7:152) menceritakan bahawa Nabi Isa a.s. bersabda: "Bahawa aku lebih mencintai kemiskinan dan memarahi
kenikmatan". Nabi Isa a.s. paling suka apabila Baginda dipanggil "Hai orang miskin!".
Kedua, kemiskinan merupakan syi'ar atau lambang orang-orang soleh dan solehah. Imam Ghazali (1980 Jilid 7:149)
misalnya berkata: "Ka'bul-ahbar berkata: "Allah SWT berfirman kepada Musa a.s.: "Hai Musa! Apabila
engkau melihat kefakiran itu menghadap kepada engkau, maka katakanlah: "Selamat datang kepada syi`ar
orang-orang yang soleh".
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah bersabda: "Apabila engkau melihat kefakiran datang menghadap kepada
engkau, maka katakanlah: "Selamat datang kepada lambang orang-orang soleh. Dan apabila engkau
melihat kekayaan datang menghadap kepada engkau, maka katakanlah: "Dosa yang disegerakan
siksaannya”[11].
Ketiga, kemiskinan merupakan sebab untuk mendapat kasih sayang Allah SWT. Misalnya Abdullah bin Umar r.a.
berkata: "Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah ialah orang yang
fakir miskin, sebab manusia yang amat dikasihi Allah ialah para Nabi, maka Allah menguji mereka dengan
kefakiran kemiskinan".
Nabi Musa a.s. bertanya kepada Tuhan: "Hai Tuhanku, siapakah kekasihMu dari makhlukMu, sehingga aku
cintai mereka keranaMu?". Maka Allah SWT berfirman: "Setiap orang fakir" (Imam Ghazali, 1980, Jil.7:152).
Keempat, kemiskinan merupakan sebab Allah anugerahkan ganjaran istimewa di akhirat. Misalnya Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Akan masuk syurga umatku yang fakir sebelum yang kaya dengan lima ratus tahun”[12].
Abul-Laits Assamarqandi (1978) meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Orang-orang
faqir mengutus utusan mereka kepada Rasulullah s.a.w. maka berkata: "Ya Rasulullah, saya utusan
orang-orang faqir kepadamu. Jawab Nabi s.a.w.: Selamat datang kepadamu dan kepada orang-orang yang
mengutusmu, engkau datang dari orang-orang yang dicinta oleh Allah. Utusan itu berkata: Ya Rasulullah,
orang-orang miskin berkata: Bahawa orang-orang kaya telah memborong semua kebaikan, mereka berhaji
dan kami tidak dapat, dan mereka sedekah sedang kami tidak dapat, dan jika sakit mereka mengirim wang
untuk tabungan mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sampaikan kepada orang faqir daripadaku: Bahawa
siapa yang sabar dari kamu akan mengharap pahala dari Allah. Maka ia akan mendapat tiga macam yang
tidak bisa didapat oleh orang-orang yang kaya-kaya. Pertama, di dalam syurga ada kamar dari yaqut yang
merah, orang-orang syurga melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bintang di langit, tidak
dapat masuk ke situ kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mu'min
yang faqir. Kedua, orang faqir akan masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari iaitu sekeira
lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebas leluasa, dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan masuk
sesudah Nabi-Nabi yang lainnya sekira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah
kepadanya. Ketiga, jika seseorang faqir membaca: Subhanallah walhamdulillah walaa ilaha illallah wallahu
akhbar dengan tulus ikhlas, dan orang kaya membaca itu, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang
faqir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang
lain-lainnya. Maka kembalilah utusan itu memberitahu kepada orang-orang faqir apa yang disabdakan Nabi
s.a.w. itu kepada mereka. Maka mereka berkata: Kami redha ya Tuhan, kami puas ya Tuhan".
Allah SWT juga ada berfirman: "Telah dihiaskan kepada manusia oleh kecintaan kepada yang menarik seperti
wanita, anak, emas dan perak yang berkintal-kintal, kuda yang bagus, binatang ternak dan sawah ladang.
Semua itu perhiasan hidup dunia, tetapi Allah mempunyai tempat kembali yang baik. Katakanlah, mahukah
Aku tunjukkan kepadamu keadaan yang lebih baik daripada itu? Bagi orang-orang yang berbakti, di sisi
Tuhannya akan mendapat syurga-syurga yang mengalir dari bawahnya sungei-sungei, mereka kekal
padanya, dengan mendapat jodoh-jodoh yang suci dan keredhaan dari Allah" (Surah Ali-Imran 3:14-15).

No comments:

Post a Comment