Tuesday, 20 May 2014

usaha

Perbualan antara ambo dengan isteri....tiba-tiba dia menanyakan bagaimana menghadapi "serangan" Yahudi....
Ambo teringat satu kisah....bagaimana ketika Nabi Ibrahim as dibakar oleh Raja Namrud dalam api yang sangat besar....melihat api yang sangat besar itu...seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya lalu dititiskannya keatas nyalaan api itu.
Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh sebilangan burung yang lebih besar.
"Apa gunanya air yang setitis itu?"...Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim as,"jawab burung kecil.
"........usaha yang sia-sia.Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan dengan setitis air?"ejek burung besar.
"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah usahaku ini berjaya memadamkan api....tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu...."jawab burung kecil.
Sekelian burung yang besar terdiam mendengar jawapan burung kecil itu....
Ya....kalau kita hanya umpama"si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi....maka siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasannya,....

No comments:

Post a Comment