Friday, 30 May 2014

dr sahabat utk sahabat

Ya Allah Ya Rasul ku...,
Sungguh ramai para Ibu dan Ayah
yang tinggal sekampung dengan ku
TELAH dan akan selalu TERUS 
menasihati Anak Lelaki mereka
agar JANGAN SEKALI KALI cuba
masuk ke dalam rumah ini,
Rumah yang mananya di milik oleh
Ariffin bin Ali atau rumah si Lepat,
Jangan sekali kali walaupun terpaksa!,
"Cukuplah sekadar bersembang
di luar, Cukuplah sekadar hanya
membalas salam atau teguran dari
Pak Pin yang selalunya duduk
di depan laman rumahnya di mana
tempat dia berkerja membuat biji
Tasbih"...
Ya Allah Ya Rahim,
"Sunguh benar kata dari sahabat
Ku Kiru Muniandi Portrait Artist ,
Bahawa ini BUKANLAH, "Semalam
di Paris!, ini adalah Rumah Ayah" 
Sunguh dalam kata kiasan nya
dan sunguh menikam perasaan.
Kerana dia nya, Kiru A/L Muniandi,
Datang duduk bersama MENCARI
DIRI, bagi mengenal yang HAKIKI
dengan hasrat dapat bagi nya
untuk menemui YANG ABADI...
Kalau kita kenangi dan telitikan,
Pada Hari Jumaat malam Sabtu,
Berapa ramaikah bilangan anak
melayu yang pergi berdisco dan
ke club, berbandingkan ke tempat
tempat untuk mengaji ilmu diri
yang mananya bakal memperkenal
kan diri dengan yang sebenar diri,
"Tak salah berhibur, tak salah
jua turut Menari, jika dalam Hati,
kita kenal dan tetap terus memuji"..
Ya Allah Ya Rahim,
"Aku sunguh amat berterima
kaseh kerana Engkau adakan
sebahagian besar babak skrip
di dalam buku Hidup ku untuk
aku sering berada di bawah
Bumbung rimah ini, Aku gembira
kerana pernah sempat duduk
bersama Para PENCARI dan
jua para PENCINTA di dalam
rumah ini...,
Dan sunguh ku harapkan
agar masih ada lagi baris
tulisan mu ke atas diri ku
untuk kembali berada di
dalam ruang rumah ini
dengan mereka mereka
yang tak pernah kering
untuk terus berbicara tentang
Kesejatian diri dan jua tentang
Pengenalan Bintang yang
satu yang mananya tersembunyi
di dalam Hakiki,...
"Terima Kasih Ya Allah,
Terima kaseh ke atas segalanya,
terima kasih ke atas pertunjuk mu
tentang SATU KEBENARAN"..
"Aku sedar dan telah lama
tahu, Bahawa sesunguhnya
Engkau menyintai ku dengan
lebih apa yang pernah aku tahu"
skali lagi Terima kasih Allah..
Al Fatehah ku buat,
Nabi Muhammad S.A.W...
Unlike ·  ·  · 603

No comments:

Post a Comment