Tuesday, 20 May 2014

dr sahabat utk sahabat


Angin menyapa membisik muram,
Langit terbentang berbaju suram,
Saat pagi merayap ke kaki Buana,
Saat tangan meyimbah air ke muka,
"Ada akal di langar ketegangan,
Ada hati mula mengeluh kegelisahan,"
Mahu saja di tempiknya sekuat hakikat,
Mahu saja di jeritnya ke hujung Kudrat,
Namun....,
"Apalah pula nanti di kesudahannya?",
"Adakah sama saja isi keputusannya?"..
"Bertahan!, bertahan! teruslah bertahan!,
Selagi Tuhan masih setuju itu, sebagai Ujian.
Selagi Tuhan masih terus memberi kewarasan"
"Bertahan!, bertahan! teruslah bertahan!,
Kita sedar, kita kenal dan kita nantikan,
"Bertahan!, bertahan! teruslah bertahan!,
"Sehingga tiba masanya, utk perbaharukan pilihan!".
Unlike ·  ·  · 14355

No comments:

Post a Comment