HIDAYAH. Tiada sesiapa yang mengetahui bila ianya datang dan kepada siapa ianya hadir. Juga, tiada siapa yang mengetahui adakah hidayah itu akan bersamanya sehingga akhir hayatnya atau tidak. Adakah ia akan hilang daripada diri kita @ akan kekal? Tiada sesiapa yang mampu memaksa agar hidayah itu datang, dan apabila hidayah itu datang, tiada sesiapa yang mampu untuk menolaknya..Benarlah, hidayah itu hak mutlak dan menjadi rahsia Allah s.w.t.
Allah berfirman dalam Surah Al-Qasas ayat 56:
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah pertunjuk (kepada memeluk Islam)".
Alhamdulillah sekiranya anda yg hadir di status ini jika di beri hidayah .....dengan anugerah dan pemberian Allah s.w.t. kepada hati semoga kita di berkati selamanya..
No comments:
Post a Comment