Wednesday, 28 May 2014

Babi


FAKTA TENTANG Babi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (Selasa, 26 Rejab 1435H)
Babi

Babi adalah sejenis haiwan yang bermuncung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. B*** sejenis haiwan yang haram dimakan oleh umat Islam. Babi juga turut diharamkan dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent di kalangan penganut Kristian. B*** mempunyai nickname tersendiri iaitu 'khinzir' dan nama sebenarnya ialah BABI !

PENCERAHAN :
Islam mempunyai peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu dengan menyebut nama Allah SWT dan membuat potongan urat Halkum dan urat Merih, tanpa menjejaskan urat-urat dan organ-organ yang lain. Dengan cara ini, kematian haiwan adalah disebabkan kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana kecederaan pada organ asasnya. 

Jika organ-organ misalnya jantung, hati atau otak dirosakkan, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan tersebut berasid, akan tercemar dengan asid urik sehingga menjadikannya beracun. Kini, para ahli makanan telah mula menyedari akan perkara ini, Subhanallah...

Apakah kita tahu bahawa babi tidak dapat disembelih di leher? Ini kerana babi tidak memiliki leher. Bagi orang Islam beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Allah SWT akan menciptakan haiwan ini dengan memiliki leher. Memang jenis binatang yang bukan untuk dimakan.

Allah SWT dengan jelas telah MENGHARAMKAN babi sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran ;

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pul
a melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS. Al-Baqarah : 173)

Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor. Ia suka memakan bangkai, kotorannya sendiri serta kotoran manusia. Ia sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi adalah haiwan yang pemalas dan tidak suka bekerja, tidak tahan terhadap panas terik matahari, tetapi makan dengan rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan yang paling rakus di antara spesies haiwan-haiwan. (Petikan dari ‘Adaptive Physiology on Mammals and Birds’).

Babi adalah sejenis haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak dapat ditandingi haiwan-haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di hadapannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan semula isi perutnya dan memakannya semula, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahnya. Ia memakan semua yang mampu dimakan di hadapannya. termasuklah najis manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadangkala ia kencing pada najisnya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah satu-satunya haiwan mamalia yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah yang besar. Dalam waktu yang lama jika dibiarkan kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir. Macam babi...

Mungkin tidak ramai yang sedar, di dalam badan babi terdapat sejenis cacing pita yang di mana ianya tidak dapat dimatikan dengan proses pendidihan walaupun dengan takat didih 1000°celcius sekalipun. (Seperti daging-daging lain, setelah direbus, cacing-cacing dan kuman yang terdapat dalam daging ini akan dapat dimatikan.) Oleh itu, mereka yang makan babi akan terdedah kepada kewujudan kuman-kuman ini di dalam badannya.

Sebenarnya bukan soal kesihatan sahaja hikmah Allah haramkan babi, tetapi soal 'akhlak' babi itu juga. Teri
ngat Ust Kay tentang kisah Syeikh Muhammad Abduh, Tokoh Gerakan Islah terkenal sewaktu beliau berkunjung ke Perancis. Pemuda di sana mempertikaikan tentang ‘kekotoran’ daging babi. Mereka menyatakan bahawa babi sekarang adalah bersih… dipelihara dan dijaga makan minumnya… tidak mungkin membawa penyakit. 

Syeikh Muhammad Abduh telah meminta mereka menyediakan dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina serta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina untuk dijadikan ‘eksperimen’nya. Setelah disediakan… dilepaskan tiga ekor ayam tersebut ke dalam kandang…. maka terjadilah pergelutan antara dua ekor ayam jantan kerana sifat cemburu dan saling mempertahankan seekor ayam betina tersebut. 

Di lepas pula tiga ekor babi tadi ke dalam kandang… maka babi tersebut tidak ada rasa cemburu… bahkan saling ‘tolong menolong’ untuk 'tidur bersama' babi betina yang ada dalam kandang tersebut. Syeikh Muhammad Abduh lantas menyatakan… itulah sifat babi. Apa yang kita makan akan mempengaruhi sifatnya. Justeru, sekiranya kita makan daging babi, maka hilanglah sifat cemburu kita….kita tidak kisah kalau isteri kita bergaul dengan bukan mahram dengan keadaan yang meragukan.. kita tidak ambil peduli anak perempuan atau anak lelaki kita keluar dengan sesiapa… bahkan kalau suami akan menjadi suami yang dayus. Memang teruk betul babi ni...

KESIMPULAN :
Masyarakat kita umumnya cukup terkesan tentang haramnya babi ni. Apa sahaja yang berkaitan tentang babi cukup dibenci. Bila dikatakan ada produk yang dicemari dengan DNA babi, terus segera ditinggalkan. Tetapi malangnya, seolah-olah yang haram cuma babi, yang perlu dijauhi dan dielakkan cuma babi. Babi, babi, babi dan babi lagi... Sedangkan riba, rasuah, judi, mencuri, khianat amanah juga HARAM. Ironinya mereka melakukan semua ini tetapi percayalah mereka tak akan makan daging babi. Sebab merasakan babi sahaja yang haram...kesian babi !
Wallahu’alam - Jangan buat tuduhan 'mengkhinzir buta'. Ukay's.

No comments:

Post a Comment