Sunday, 11 May 2014

jaga anak


Ada orang bertanya ambo:"Mana lebih payah didik anak perempuan atau lelaki?".Terasa bodoh pula menyoal begitu.
"Soalan itu tak betul!....yang sepatutnya soalan begini..ada beza tak antara mendidik anak lelaki dengan anak perempuan?.
"Tentulah berbeza..sebab Allah jadikan darjat kedua-duanya sama...tetapi peranannya berbeza.
Bukan sahaja ciri-ciri berbeza tetapi ciri-ciri rohaniahnya juga.
"Kata orang bela lembu 10 ekor lebih mudah daripada seorang anak perempuan".
Manusia berbeza dengan lembu..kita ada hati...akal dan perasaan.
"Bila berdepan dengan anak perempuan...bayangkan kita berdepan dengan bakal isteri...adakah menantu lelaki kita nanti akan mendapat isteri yang solehah?...atau bayangkan kita berdepan dengan bakal ibu...adakah cucu kita kelak bakal mendapat ibu yang mithali"?.
"Untuk menjadi seorang ayah yang baik kepada anak perempuannya...si ayah mestilah menjadi seorang anak yang baik kepada ibunya dan seorang suami yang baik kepada isterinya".

No comments:

Post a Comment