Tuesday, 29 April 2014

Tauhid

Berkata Guru kami yang mulia : " tauhid ialah menyatu hamba dengan Tuhannya".Maksud menyatu ialah hilang segala kebesaran, kehebatan dan keagungan diri dan alam melainkan semua nya milik Allah jua..Allahu akbarTiada bergerak sezarahpun melainkan dengan gerakan yang digerakkan oleh Allah, tiada jatuh sehelai kering daun melainkan dalam pengetahuan Nya...tiada memberi manfaat atau mudarat melainkan dengan perkenan Nya jua...Inilah menyatu pada martabat akal, adapun untuk mencapai rasa (tauhid dzauqi) maka ia diperolehi melalui jalan kaum sufi iaitu dengan melazimi zikir sama ada secara jihar mahupun secara sir...Zikir yang dilakukan dengan penuh asyik dan khusyuk akan mendatangkan dzauq...namun dzauk itu hanyalah wasilah bukan matlamat.Adapun matlamatnya ialah tauhid semata - mata.Kesempurnaan tauhid itu ialah apabila seorang itu mencapai wujudiyah atau syuhudiyah.Tauhid syuhudiyah ialah tauhid yang ditajallikan oleh Allah ke dalam hati seseorang yang memiliki cinta pada RasuluLLah saw. Seseorang itu tiada dapat mencapai cinta yang benar pada baginda saw melainkan apabila telah terbuka baginya akan hakikat RasuluLLah saw...Seorang hamba tiada akan mencapai kecintaan yang benar melainkan apabila dia menyatu dengan baginda saw...Menyatu dengan baginda bermakna mengikuti baginda saw zahir dan batin ...Permulaan menyatu dengan RasuluLLah saw ialah dengan menyatu dengan para pewarisnya yang hak sehingga cahaya RasuluLLah saw yang ada pada para pewarisnya dapat melimpah kepadanya..cahaya di atas cahaya..Dengan cahaya cinta dan makrifat pada Rasul inilah seseorang itu dapat mentauhidkan Allah dengan sebenarnya..lantaran itu, ia membuahkan keikhlasan dan kejujuran lalu membawa dirinya menyerah diri dengan sebenar-benarnya pada Allah dalam kehidupanya (Islam).

No comments:

Post a Comment