Saturday, 19 April 2014

doa


Assalamualaikum jiwa jiwa Islam.

Banyak inbox dok mai tanya macam macam tentang satu video anak muda ni..aku tak dapat nak jawab semua..cuma cuba semak balik cerita yang aku post balik ni..Insyaallah..akan nampak jelas dan nyata..

Merubah Dunia...

Bayazid Bastami telah menulis di dalam coretannya, "Ketika aku masih muda aku berfikir dan berkata kepada Tuhan, dan juga di dalam setiap doa ku: “Berikan aku tenaga supaya aku boleh merubah seluruh dunia ini. Semua orang pada pandangan ku tampak salah. Aku adalah seorang revolusioner yang mahu merubah wajah dunia”.

"Apabila aku menjadi sedikit lebih matang aku pun mulai berdoa: "Ini seolah-olah terlalu banyak, kehidupan nampak nya berada diluar dari kawalan ku, hampir separuh dari hidup ku sudah hilang dan aku tidak berjaya merubah walaupun hanya seorang, jadi seluruh dunia nampaknya terlalu banyak”, dan aku pun berkata kepada Tuhan, "Keluarga ku pun cukup lah. Biarlah aku merubah keluarga ku”.

"Dan apabila aku menjadi tua, kata Bayazid: “aku sedar sekarang bahawa walaupun hanya keluarga, itu pun sudah terlalu banyak, dan siapalah aku untuk merubah mereka? Kemudian aku mulai sedar bahawa jika aku dapat merubah diriku sendiri maka itu pun sudah memadai dan lebih dari cukup. Aku pun mulai berdoa kepada Tuhan, “Sekarang aku sudah sampai pada dititik yang betul. Sekurang-kurangnya benarkanlah aku untuk melakukan ini: “Aku ingin merubah diri ku sendiri'.

Dan Tuhan pun menjawab," Sekarang sudah tiada lagi masa yang tinggal. Sepatutnya engkau meminta yang ini di awal awal lagi, dan yang lainnya akan ada kemungkinan”.
6763156Like ·  · 

No comments:

Post a Comment