Tuesday, 22 April 2014

free

Percuma Vs Berbayar

Di internet dewasa ini sudah banyak program, perisian, produk digital seperti ebook dan banyak lagi yang boleh dimuat turun dengan percuma atau boleh didapati secara percuma sahaja.
Kita hanya perlu mencari sahaja lagi atau terjumpa secara tidak sengaja berkenaan perkara yang kita bincangkan ini. Secara umumnya kesemua program ini terbahagi kepada dua.
Yang bersyarat dan juga yang tanpa syarat. Maksud saya yang bersyarat itu kita perlu jadi subscriber terlebih dahulu dengan mengisikan borang online yang biasanya ringkas sahaja seperti nama dan alamat emel barulah kita dapat muat turun program tersebut.
Maksud saya dengan muat turun tanpa syarat itu pula, anda hanya perlu klik dan terus boleh muat turun. Persoalannya apabila sudah semakin banyak program yang boleh di muat turun secara percuma, adakah relevan produk digital ini dijual pada masa sekarang dan akan datang?
Anda akan melihat produk atau program yang sama nichenya tetapi ada yang dijual dan yang lain boleh pula di muat turun secara percuma sahaja.Jadi apa kelebihan PERCUMA dan apa pula kelebihan BERBAYAR?
percuma vs berbayar
Kelebihan PERCUMA
-PERCUMA! Sebab tulah..
-Bila percuma, jadi tidak perlu keluar duit dan jimat perbelanjaan kita.
-Bagus bagi mereka yang mahu bermula dan belajar.
-Bagus bagi mereka yang hanya ada bajet kecil untuk memulakan sesuatu.
-Bagus buat pengenalan dan belajar perkara asas terlebih dahulu.
-Senang cerita semua orang tahu kelebihan percuma tu.. hehehe
Kekurangan PERCUMA
-Selalunya ia adalah berkenaan perkara asas sahaja. Kadang-kadang ia merupakan pre-sale sahaja.
-Pemilik/Pembuat tidak atau akan kurang bertanggung jawab dengan hasil kerjanya.
-Jika bertanggungjawab sekalipun mungkin akan sukar untuk menjawab dengan sempurna setiap persoalan dari pengguna.
-Kurang nilai secara personal.
-Kurang dari segi momentum kesungguhan untuk belajar dan berjaya dari pengguna. Bergantung juga kepada motivasi diri individu itu sendiri.
-Kemungkinan pakej kurang lengkap seperti apa yang pengguna mahukan.
-Kebiasaannya kurang berkualiti.
Kelebihan BERBAYAR
-Kesungguhan untuk belajar atau bertindak secara semula jadi oleh pembeli/pengguna.
-Akan memanfaatkan produk yang telah dibeli
-Akan menghargai produk yang telah dibeli.
-Biasanya pembeli akan lebih berjaya jika dibandingkan dengan yang percuma.
-Kebiasaannya akan lebih dari segi kualiti produk dan servis.
-Senang cerita kebiasaannya ada JAMINAN samada yang dijelaskan atau tidak.
-Ada nilai harga dan penghargaan. Sebab tu ia dijual.
Kekurangan BERBAYAR
-Setiap orang tahu bajet dan keperluan bagi mereka.
Pada mulanya saya agak bimbang dengan fenomena yang berlaku sekarang ini. Tetapi apabila dikaji semula, ia bagus untuk mempertingkatkan kualiti produk dan servis. Bagi saya, saya akan cuba berkongsi segala yang terbaik disini dan menambahkan value kepada semua orang. InsyaAllah..
Pssstt.. Sebenarnya PERCUMA itu ada nilainya juga terutama untuk jualan akan datang dari pendekatan dan juga teknik lain soft selling. Hehe.. Di kesempatan ini saya mahu berkongsi satu ebook buat pengunjung blog ini. Klik di ruangan PERCUMA di sini..
Saya harap laporan ringkas hasil tulisan pakar affiliate Malaysia ini dapat memperlihatkan kepada anda potensi memasarkan produk orang lain untuk pendapatan yang lumayan.
Semoga anda terus berjaya di dalam menjana wang!

No comments:

Post a Comment