Tuesday, 22 April 2014
Allah
Subhaanallaahil azim. Kenapa di buat tahlil bg org yg mati dlm keadaan kufur/ org kafir?
Berkenaan dgn perbahasan mengenai ketuhanan ni hati hati dalam menyebarkan. Dibimbangi ada perkara yg bersalahan dengan iktiqad ahli sunnah
Subhaanallaahil azim. Kenapa di buat tahlil bg org yg mati dlm keadaan kufur/ org kafir?
Allah ta^la berfirman dgn maksud : sesungguhnya orang yang kufur kepada Allah dan menghalang dari jalan Allah kemudian mereka mati dalam keadaan mereka kafir maka Allah tidak sesekali mengampuni mereka.
Iktiqad/keimanan ahli sunnah antaranya :
Allah taala wujud. Tidak syak bg kewujudan Allah. Allah wujud tidak ada mula, tidak ada pengakhiran. Ada pun selain Allah adalah makhluk. Makhluk ada permulaan,ada pengakhiran. Arasy,air,langit,bumi, nombor, binatang, cahaya, roh, kegelapan, malaikat, manusia, semuaanya ada permulaan dan ada pengakhiran. Allah yg menciptakan semua makhluk ini daripada tiada kepada ada. Sebab makhluk adalah perkara baharu. Perkara baharu ada mula dan ada akhir. Ada pun Allah taala wujudNya azali abadi iaitu tiada mula dan tiada akhir.
Allah taala wujud tidak menyerupai wujudnya makhluk. Allah tidak sama dengan makhluk. Allah wujud tanpa arah dan tanpa tempat. Sebelum Allah menciptakan tempat, arah, Allah wujud tanpa tempat dan tanpa arah. Setelah Allah menciptakan tempat dan arah, Allah tidak berubah iaitu tidak berhajat kpd tempat dan arah. Kerana yg berubah itu dalil/tanda baharu. Sedangkan Allah bkn baharu, Allah bkn makhluk. Yg berubah dari satu keadaan kpd satu keadaan adalah makhluk. Allah taala bkb makhluk.
Allah tidak berhajat kpd sesuatu. Allah yg mnciptakan langit, Allah tidak berhajat kpd langit. Allah yg mnciptakan cahaya, Allaah tidak berhajat kpd cahaya, Allah yg menciptakan air, Allah tidak berhajat kpd air. Allah yg mnciptakan manusia, Allah tidak berhajat kpd manusia. Allah yg mnciptakan tempat, Allah tidak berhajat kpd tempat. Allah ygmnciptakan arah, Allah tidak berhajat kpd arah. Allah yg mnciptakan udara, Allah tidak berhajat kpd udara.
Allah taala tidak berhajat kpd sesuatu pun daripada makhuk ciptaanNya. Yg berhajat kpd sesuatu itu adalah lemah. Allah tidak bersifat dengan sifat lemah. Allah maha suci drp bersifat lemah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment