Adawiya pada hari kekasih...
Berjalan disebuah lorong dia dilihat membawa sebaldi air pada sebelah tangan dan obor api yang membakar ditangan yang lain. Apabila ditanya mengapa, dia berkata: "Aku mahu membakar syurga dengan api ini dan memadamkan api neraka dengan air ini supaya orang akan berhenti menyembah tuhan hanya kerana mereka takut akan siksaan neraka atau tergoda dengan nikmatnya syurga.
Seseorang harus mengasihi tuhan kerana tuhan adalah cinta. Dia yang maha agung lagi berkuasa berfirman, "Aku adalah khazanah yang tersembunyi, dan aku mahu dikenali. Jadi aku mencipta penciptaan agar dapat dikenali. "Oleh itu untuk mengetahui ciptaan-Nya adalah dengan mengenali Dia; untuk mengasihi ciptaannya adalah dengan mengasihi dia.
No comments:
Post a Comment