Monday, 28 April 2014
Hadis
Asaalamualaikum WBT
Renungan Qalbu.
29 April 2014. Selasa.
📌Manusia yang Sebenar-benar Bijak📌
Riwayat: at-Tirmizi
🚦Hadith:
Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”
📌🚦Huraian Hadith:
1⃣Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan beramal seperti yang dituntut oleh agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang benar-benar dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong.📌
2⃣Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat.📌
3⃣Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup di akhirat.📌
4⃣Wajib bagi seseorang mengelakkan diri daripada dikuasai oleh hawa nafsu yang akan membawa kepada kehancuran diri dan agama.📌
InsyaAllah
Aamiin
😃👳
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment