illahi malik
Wahai jiwaku untuk apa engkau mengeluh, engkau kecewa, engkau bersedih , engkau berputus harap dan engkau tidak mahu redha. Diatas segala keburukan yang berlaku. Sedangkan engkau tahu seluruh alam ini termasuk diri ini berada didalam takdir , dan tidak sama sekali terlepas keluar dari takdir. Engkau tahu seluruh alam termasuk diri ini ditadbirkan oleh illah yang maha agong. Dan tidak ada satu pun sama ada perkara baik mahu pun buruk itu terlepas dari iradat dan ilmu illah. Apakah boleh engkau melepasinya?. Nescaya tidak sama sekali. Maka terimalah dengan redha kerana itulah yang sepatutnya. Ingatlah jangan jadi golongan melampau, kelak engkau jua yang merana.
No comments:
Post a Comment