Utamakan Allah dalam apa jua keadaan kita. Jika kita sedih, ada masalah atau gembira , mengadu dan berceritalah kepada Allah terlebih dahulu sebelum kita luahkan kepada manusia. Ingatlah Allah bukan jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah kamu. Sebaliknya Allah yang pertama dan selama lamanya tiada akhir. Sesama manusia ini hanya sekadar kadar sahaja. Kerana yang sebetulnya tidak satu pun manusia yang dapat selesaikan masalah , hanya Allah sahaja yang menyelesaikan segala masalah.
No comments:
Post a Comment