SEBUAH renungan ringkas mengapa orang baik sering terluka. Semoga renungan ini dapat membuka fikiran kita terhadap pengorbanan orang baik. Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam semesta kebahagiaannya, ia tidak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.
Kenapa orang baik sering tertipu? Kerana orang baik selalu memandang orang lain jujur seperti dirinya. Dia tidak menyimpan sedikitpun prasangka bahawa orang yang dia lihat baik mampu mengkhianatinya.
Kenapa orang baik sering dihina? Kerana orang baik tak pernah diberi kesempatan membela dirinya. Dia hanya mesti menerima, meskipun bukan dia yang bersalah.
Kenapa orang baik sering menitiskan air mata? Kerana orang baik tidak mahu berkongsi kesedihan. Dia dah biasa mengubati sendiri lukanya, dan percaya bahawa suatu saat tuhan akan mengganti kesedihannya dengan kebahagiaan.
Tapi, kenapa orang baik tak pernah membenci orang yang melukainya? Kerana orang baik selalu memandang bahawa di atas semua, tuhan-lah hakikatnya. Jika tuhan yang mengarahkan gerak-geri hidupnya, bagaimana dia akan mempersoal apa jua kehendak-Nya. Itulah sebabnya orang orang baik tidak memiliki dendam dalam kehidupannya.
Semoga tuhan menjadikan kita orang-orang yang baik.
Aamiin...
No comments:
Post a Comment