Sunday, 26 May 2019

ketupat

Ok nak cerita sedikit falsah ketupat nasi, dan apa maksud dibahagi bahagi di pagi raya kepada jiran tetangga , dan dihidangkan kepada tetamu.
Ketupat nasi itu simbol perpaduan , kerana itulah ianya dianyam dua daun menjadi satu. Ianya juga simbol sebagai meminta maaf , jika ketupat yang diberi diterima dan dibalas balik dengan ketupat oleh tuan rumah itu bermakna kemaafan diterima, dengan penuh suci hati kerana itulah isi ketupat warnanya putih. Sebagai simbol hati yang suci. Dan ianya juga sebagai simbol perkongsian , kerana hidup ini saling berkongsi satu sama lain, kerana itulah fitrah kehidupan manusia. Maka semua itu diterjemahkan dalam bentuk ketupat nasi. 
Inilah falsafah yang telah dilupai generasi sekarang , kerana itulah kita semakin rengang dan semakin berpecah belah.

No comments:

Post a Comment