Saturday, 16 February 2019

taqiyyah/bohong


Taqiyyah ialah menyembunyikan kebenaran, menzahirkan kebatilan demi agama dan nyawa.
Bukan kau menyembunyikan kebatilan menzahirkan kebenaran dengan cara keji demi parti.
.
[Edit - Ada orang suruh tulis pasal taqiyyah, sambung sinilah secara ringkas]
.
TAQIYYAH
Berasal dari perkataan taqo, bermaksud hati-hati dan taqiyyah bermaksud melindungi. Dari sudut penggunaan, taqiyyah bermaksud menyembunyikan keimanan, menzahirkan kekufuran.
Ini berbeza dengan munafik, yang bererti menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keimanan.
Ringkasnya taqiyyah ni amalan menyembunyikan keimanan atas faktor-faktor keselamatan. Seorang yang beriman terpaksa menyembunyikan keyakinannya.
Ayat kitab/Quran tentang taqiyyah diturunkan kerana seorang sahabat Nabi  pernah menyembunyikan keimanannya demi keselamatan nyawanya:
“Barangsiapa yang kafir kepada tuhan sesudah dia beriman, kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman, akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan tuhan menimpanya dan baginya azab yang besar.” [An Nahl: 106]
Ayat ini turun berkaitan Ammar Yassir yang terpaksa mengaku kufur demi menyelamatkan diri dari diseksa dan dibunuh kaum Quraish. Imam Jalaluddin al Suyuti berkata:
“Kaum kafir telah menangkap Ammar ibn Yassir dan memaksa beliau untuk memuji Tuhan palsu mereka dan mengutuk Nabi . Mereka menyeksa beliau sehingga akhirnya beliau mengalah dan menyerah kepada permintaan mereka. Selepas kejadian itu, beliau kembali kepada Nabi dan menceritakan seluruh kejadian kepada baginda. Nabi kemudian bertanya kepada Ammar: ‘bagaimana hatimu?’ Ammar menjawab: ‘Aku redha dengan sepenuhnya beriman pada tuhan di dalam hatiku.’ Kemudian Rasul membalas: ‘Jika kaum kafir berjumpa kamu dan membuat permintaan yang sama, maka ulangilah apa yang telah kamu katakan kepada mereka.’ Kemudian turunlah ayat di atas.”
[Tafsir Dur al Manthur Jilid 4 m/s132]
Dalam mazhab Imamiyah taqiyyah hanya diwajibkan untuk 3 perkara:
1. Takut akan keselamatan diri dan kehilangan nyawa.
2. Takut akan keselamatan keluarga, dan keluarga kehilangan nyawa.
3. Takut akan keselamatan komuniti dan kehilangan nyawa bagi komuniti.

No comments:

Post a Comment