Wednesday, 27 February 2019

fb l


❤️MARI MENARI -7❤️ .
.
Ya Kekasih Abadi 🙏🏽🌹,
“Aku di sini sedang mentafsir erti,
Sekelumpuk rumput yang hampir mati, yang mananya pagi ini cuba bangun kembali, semalaman pasrah bertahan di hempap tayar Mercedes merah hati.
“Dia telah melucur ke tempat kerjanya, Petang ini entah nasib siapa pula yang akan berlaku sebagai mangsa yang terpaksa menanggung pasrah dan redha, bersedialah semua yang disini! BerTawakallah kepada terhanya tuhan yang nyata!” - Jerit sebatang rumput yang telah patah tulang belakangnya..
Kemudian Hujan pun mula merintik, gerimislah suasana, Maka mereka pun dipeluk hawa yang sejuknya juga adalah sederhana.
“Hujan mula turun!, wahai semua!!,
yang semalaman tidur dengan selesa mahupun yang telah dihimpit punuh siksa.. Hujan sedang mula turun!, bukakanlah jendela jiwa! Semalam adalah peristiwa!, esok entah apa-apa?, lantas saat ini!!!, inilah kita!!, kosongkan akal dan Jiwa!, raikanlah hidup seadanya! ’illah Akhbaaar!!” - Jerit Penghulu Rumput yang semalam dulunya jua di hempap tayar Proton Wira hitam usang dengan kejamnya.
“Hujan telah tiba, raikan suasana pesta mandi bersama!, kita harus bergembira dengan tanpa lagi berkata apa-apa!! Terima dan jalani sajalah!!, kerana segala kata-kata berkemungkinan akan berubah menjadi dusta!”
‘Hujan telah tiba! Inilah masanya kita yang terpilih untuk sering di tindas dan di pijak, kembali bangun menegak MENARI dan bergembira” - Jerit Lalang yang telah lama kudung.
“Zuleykha adalah Zuleykha!!!,
Nabi tuhan Yusuf alai hissalam yang kononnya telah cukup amatlah teraniaya, akhirnya meraih hujung cerita dengan mengecap nikmat ASMARA CINTA yang tehanya milik mereka berdua semata-mata!, cerita semalam adalah cerita semalam!, namun Hakikat cinta, adalah mereka yang rasa di dalam...” -Jerit Mini Varigata, sambil disaksikan oleh, Jepang yang berdiam disedut jauh sana, juga diperhatikan oleh Peking, Swiss dan Golf, sementara Carpet cuba berlaku seakan tidak mahu untuk mengambil perduli.
“Ah! Persetankan semuanya, hidup adalah hiduuup!!, ‘Alhamdulillah hirrobbil Alamiiiiin!, marilah kita bersihkan diri, mandi dan MENARI!” - pekik si Teki yang sedang didampingi Sang Liar. ❤️🙏🏽🌹🌹🌹🥰

No comments:

Post a Comment